Tuesday, December 27, 2011

::Down::Cinta dari sudut Manusia::

Assalamualaikum..lama dah tak update blog SLB-92 ni..dah berhabuk tebal setengah inci(*padahal xde org bace poonn..hahaha)..S.S(syok sendiri). Dah lama tak update, tapi tajuk ‘Down’. Down pasal ape ye? Hah..soroti la post ni..(*ayat nak phyco org..tapi xmcm phyco pun).

Dah hampir 4 bulan dah kuliah kat UNIMAS tercinta ni, pelbagai bende yang dah berlaku..samada kat saya atau kat sahabat-sahabat saya or even at my surroundings. Pelbagai peristiwa or situasi or phenomenon yang menyebabkan down sepanjang berada kat UNIMAS ni.


Down bile room8 tak faham-faham bile kite sindir..

Bukan nak bajet diri ni baik la kan, tapi sius, rasa down tahap gaban bile org yang paling kite dekat(bukan rapat ye..dekat) iaitu room8 sendirik tak nak solat. Dah kejut baik-baik time suboh..azan dah denga da time zohor asar maghrib n isya’..masih lagi tak nak solat. Betol la kate sorg ikhwah tu.. “aku tak leh la tengok room8 aku tak solat, panas je rasa kat dada aku..” sius meme saya rasa ape yang die rase tu. Meme betol tanggungjawab kite da terlepas bile kite da suroh die solat, tapi dada rasa berat n panas still ada. Plan sekarang ni nak buat ape yang ikhwah-ikhwah lain cadangkan..salah satu cadangan adalah dengan memasang mp3 lagu Hijjaz-Selimut Putih..”Bila Izrail datang memanggil, jasad terbujur di pembarinagn”. Gud idea n nak cube buat..mintak-mintak berhasil. Hilang rasa panas kat dada ni..Amin


Down bile ditinggalkan oleh..

Bende ni menyebabkan saya down tahap gaban gak la. Bukan ditinggalkan oleh awek or  kaum hawa, tapi ditinggalkan oleh kawan(*subject adalah lelaki ky..). Bukan ditinggalkan tapi kawan buat macam tak nampak kite je kat situ. Dulu sebelom die jumpe(rapat) kawan-kawan die, saya la yang selalu die rujuk n teman seperjalanan n sekuliah. Tapi sekarang die da jumpe kawan-kawan yang bole same2 gelak n same kepale dengan die, tinggalkan saya seorang. Sius saya meme mengaku saya ni anti-sosial cikit, tapi saya tak bole masok dengan dieorg sebab ape yang mereka gelak or bincangkan tak mendatangkan ape-ape kat saya or kat mereka sendirik. Bukan nak kutuk tapi nak gatau je..kot-kot kawan saya tu baca n saya harap die sedar. Saya tak mengharap die balik n rapat dengan saya, tapi just saya nak die tau mane tempat gelak sepatutnye. Die ni dengan ikhwah lain, dengan kawan sekuliah lain pulak kepala. Meme betol kite kene adapt dgn surroundings, tapi kene kene pada tempat n ade hasil. Saya bukan cemburu(*sebenarnye jeles gak ckit) bile die tak hiraukan saya. Tapi takpe sebab saya dah biasa hidup seorang diri sepanjang saya kat sekolah dulu.


Down bile carry mark kurang..

Bapak aahh!! Ni pun penyumbang kearah kedownnan saya. Macam mane nak lepas target ni kalo carry mark just cukup-cukup lepas garisan khatulistiwa. Ni meme salah diri sendirik la kan. Sape suroh tak belajar..sape suroh lambat antar assignment..sape soh datang lambat n tak sempat ambik kuiz..padan muka..=P



Down bile perangai kawan kite sudah berubah..

Kite da kenal lame da. Asal jadi macam ni. Dulu die paling semangat..tapi sekarang semangat die seakan-akan pudar. Ke saya da salah tafsir..mungkin die sedang camouflage kan semangat die. Tapi saya still tak putus asa untuk warna balik semangat die pada warna asal. Sius saya harap die bace post ni. Mungkin ini salah saya sebagai kawan die. Kalo ade problem jumpe je saya tau. Walaupun tak semua bende bole share. InsyaAllah saya akan cube selesaikan. Tak kira la masalah wang ke, keje ke, even masalah hati or cinta kalo takde tempat nak luah, meh luah kat saya..saya bukan nak jadi Dr. Cinta tapi saya just bole denga n simpan je..


Down bile org yang nak kita tarik masok roundabout iman kita meninggalkan or menjauhkan diri dari kita..

Pasal ni, saya dah takde org lain nak dipersalahkan selain diri saya sendirik. Down tahap gaban case off da ni. Bile mane sorang demi seorang org yang sepatutnya saya dekati menjauhkan diri dari saya. Mule-mule tu memang rase down n bersalah kat diri sebab tak pandai nak ambik hati. Tak pandai nak ikat hati. Tapi bak kate seorg akhi tu..“kalo lari, tajmik lagi, carik yang dok kat dorm..banyak lagi..”


Down bile dilabel sebagai budak jahat..

Tahap gabah 2nd level case off. Tu yang susah bile cakap dengan kaum hawa. Lain yang kite cakap lain yang ditafsirnya. Bukan semua tapi segelintir. Siap tulis kat FB lagi. Glamour gak saya jadi budak jahat. Maaf  banyak2 ye kaum hawa..


Down bile org sekeliling tak faham keadaan kite yang sebenarnya..

Ape perasaan anda semua, bile orang cakap anda ni tak nak wat keje n selalu ponteng meeting??ponteng meeting??ponteng meeting?? Padahal anda ade komitmen lain yang lebih memerlukan anda berada di tempat itu.. maaf ye, jadual n perkara dalam hidup kita tak semuanya sama. Saya ada komitmen lain n anda ade komitmen anda sendirik. Senang-senang je kate saya tak buat keje..kalo saya tak wat keje takde berjalan nye program yang awak sume buat tu. Saya tak suke nak bekerja sampai orang nampak ape saya buat. Saya ada cara saya sendrik la..tapi still keje jalan ky..


Down bile org yang kita minat tidak menampakkan minat kat kite..

Perasaan nak bercouple timbul bile selalu tengok orang-orang kat sekeliling bercouple. Meme berkobar nak couple, tapi down bile org yang kite minat tak minat kat kite. Down bile orang yang kite cinta, cinta kat orang lain. Tapi kan, saya tertengok satu drama tu..drama k**** bertajuk W******** L***. Ade la scene yang bagi saya tersedak time makan keropok n tersedar sampai terasa dihati..statement die..

“Walaupun orang yang awak cinta tak cintakan awak, tapi Dia sentiasa beri cinta Dia kat awak..tapi awak selalu tak balas n tak hiraukan cinta yang Dia bagi kat awak..”


Tembakan tepat ke dada. Bullshit Bulleye..Sakit!!!


Kita just nampak cinta itu dari sudut sebagai manusia..

Betol. Ramai di antara kite yang melihat cinta itu dari sudut sebagai seorang manusia. Down bile cinta ditolak or awek lari. Tapi kita jarang meletakakn kita melihat cinta itu dari sudut sebagai seorang hamba. Cinta terhadap Pencipta. Down bile cinta tak diterima, padahal ade cinta yang kekal abadi kite tak terima malah tak sedar. Dia sentiasa meng-usha-usha kite. Dia sentiasa buka ruang cinta untuk kita cintai Dia. Tak pernah padam walaupun kite selalu buat bende yang bole menyebabkan cinta Dia padam.
"Mereka ditimpa kehinaan (dari segala jurusan) di mana sahaja mereka berada, kecuali dengan adanya sebab dari Allah dan adanya sebab dari manusia. Dan sudah sepatutnya mereka beroleh kemurkaan dari Allah, dan mereka ditimpakan kemiskinan (dari segala jurusan). Yang demikian itu, disebabkan mereka sentiasa kufur ingkar akan ayat-ayat Allah (perintah-perintahNya), dan mereka membunuh Nabi-nabi dengan tiada alasan yang benar. Semuanya itu disebabkan mereka derhaka dan sentiasa mencerobohi (hukum-hukum Allah)." [Al-Imran:112]

Message yang Dia bagi kite jarang sekali nak bukak inbox n bace..
Dah bukak inbox??


Call yang Dia buat kadang2 je kita jawab(*utk segelintir org la ky..) n kalo kite jawab pun lambat, tunggu masa2 kecederaan bru nak jawab..
Berapa kali kita sujud dalam sehari??


So, kalo kite selalu ingat kat Dia, insyaAllah kite akan sentiasa Up..up up and away.. Buat ape yang Dia suroh buat n tinggalkan ape yang Dia larang insyaAllah akan dapan mengatasi kedownnan yang menghampiri tahap gaban hyper cast off..



p/s: post ni konklusi untuk satu sem kat unimas..n kalo ade yang terasa di dahi, terguris di kaki, terusik di hati, termakan ubat pelali, terhidu chloroform..maaf dipinta dari hujung jari kaki sampai hujung rambut terpanjang sekali..kalo nak tau epel tu manis atau tak, try la makan epel tu..=)

Macam mane rase epel hitam ni ye..hehe


Glosery:

gaban-satria baja hitam, kamen rider, masked rider..
tahap gaban-melampau
tahap gaban cast off-melampau2
tahap gaban 2nd cast off-melampau3
tahap gaban hyper cast off-melampau tahap hyper

Monday, December 5, 2011

Surat Pesanan Buat si Lebah

"Dan Tuhanmu memberi ilham kepada lebah: Hendaklah engkau membuat sarangmu di gunung-ganang dan di pokok-pokok kayu dan juga di bangunan-bangunan yang didirikan oleh manusia." [Surah an-Nahl: 68] 


Lebah-lebah

Terbanglah ke sana ke mari

Jangan kamu mamai lagi

Tinggal segala hasad dengki

Terbang lah tinggi-tinggi

Sampai ketemu sang Mentari

Hati-hati hinggap di bunga berduri

Silap langkah diri diracuni



Lebah-lebah
Jangan cuba dekati mawar berduri
Memang nectarnya manis sekali
Apa beza dengan semalu tepi perigi

Tiada madu tapi still berduri

Oleh itu jangan hinggap sesuka hati

Supaya madu lebih berkualiti
Untuk maslahat orang disisi



Lebah-lebah
Andai kata engkau tertusuk duri
Kembali ke sarang keesokan hari
Biar luka sembuh sendiri
Cuba rehat dan maafkan diri
Bila sembuh terbanglah lagi
Terbang jauh lagi tinggi
Jangan toleh belakang lagi




Lebah-lebah
Jangan sekali engkau sakiti
Kuntum bunga yang kau hinggapi
Biar ia kekal suci
Jika kau tak berani biar lebah lain yang mendekati
Mungkin itu bukan rezeki
Sifat sabar perlu dibaiki
Ingat tajdid niat kembali




Lebah-lebah
Bulan takkan muncul disiang hari
Jikalau ada itu cuma mimpi
Bersabar mencari redha Ilahi
Walaupun tak dapat bunga dicari
Sematkan saja dalam hati
Panjatkan doa tanpa henti
Semoga tubuh bunga yang diimpi


Lebah Besar..haha



p/s: lebah tak akan hinggap pada bunga yang nampak cantik semata-mata, tapi hinggap pada bunga yang mempunyai nectar yang berkualiti..tajdid niat wahai lebah sekalian..=)

~Allahu Akhbar~

Tuesday, November 15, 2011

Jalan Ilahi

Assalamualaikum..

Hari ini dapat satu analogi yang agak menaraik laa..(menarik bagi saya sendirik la, anda semua saya taktau lah kan..hehe).. Tadi tengah duduk-duduk kat CTF 1 sementara tunggu nak masok BS tu tengok la kereta..Pergh!! macam-macam jenis kereta yang saya nampak, agak mewah teringin pulak nak beli suatu hari nanti..(tapi masa tu mungkin kereta tu pun da jadik old school kot..) tapi bukan nak cerita tentang kereta impian tapi cerita tentang jalan Allah adalah jalan yang terbaik. Apa kaitan pulak dengan kereta??

 
Time duduk-duduk tu jugak saya perhatikan lah kereta-kereta yang bergerak kat jalan dalam Unimasku gemilang ni..ada yang laju..ada yang slow..ada yang sedang-sedang..ada yang salah laluan..ada yang buat silap time nak masok/keluar simpang..(pandai jee bagi komen kesalahan orang kat atas jalan, tapi sendirik sebenarnya blom ada lesen pun..sssshhhhhh).

Okeh..kat atas jalan raya ada undang-undang kan. Kalo kita ikot undang-undang, apakah aka nada kemalangan jalan raya??? Secara logiknya, mesti la tidak akan berlaku sebarang kemalangan jika semua pengguna jalan raya ni ikot undang-undang kan..perjalanan pun akan menjadi lancar tanpa sebarang gangguan..(insyaAllah).

Tapi apa akan berlaku pulak bila kita tiding mematuhi undang-undang lalu lintas ni..mesti akan berlaku kemalangan kan, seperti yang berlaku sekarang banyak berlaku. Tetapi bukan semua orang yang terlibat dalam kemalangan jalan raya ni atas sebab kecuaian mereka sendirik, tetapi disebabkan oleh kecuaian orang lain, menyebabkan mereka yang tidak berkenanan juga turut terlibat.

Nak dishort storykan, samalah kita sebagai manusia atau saya lebih suka menggunakan istilah Hamba..(yakni Hamba Allah) dengan kereta kat atas jalan. DIA telah melantik Rasul-rasul untuk memberi petunjuk kepada hambaNya, tentang jalan mana yang DIA sukai dan kehendaki. Jika kita ikot segala perintah Allah seta mencontohi Rasulullah, maka ganjaran yang baik akan menunggu ataupun akan selamat dunia dan akhirat(insyaAllah). Sesungguhnya jalan yang Allah sediakan adalah jalan yang TERBAIK yang ada untuk hambaNya. Dan Rasulullah adalah Qudwatun Hassanah, untuk ikutan umat sepanjang zaman.

Firman Allah swt:

“Dan kerana kesabaran mereka (mengerjakan suruhan Allah dan meninggalkan laranganNya), mereka dibalas oleh Allah dengan Syurga dan (persalinan dari) sutera.” [Surah al-Insan: 12]

 Tetapi bagi mereka yang melanggar atau menentang jalan yang Allah telah sediakan, boleh la kita ibaratkan sebagai kereta yang melanggar undang-undang lalu lintas. Kereta yang melawan arus jalan raya akan mengakibatkan berlakunya kesesakan dan juga kemalangan. Jadi orang yang menetang jalan Allah(agama Allah) akan mendapat kemungkaran dan balasan buruk di dunia dan di akhirat kelak.


p/s: pastikan jalan yang anda semua ikut mempunyai matlamat yang jelas dan mempunyai manual supaya anda tidak tersesat atau tersilap langkah dalam mencari sinar sebenar cahaya Ilahi..
~Allahu Akhbar~

Saturday, November 12, 2011

Sahabat

Wahai sahabat
Maaf jika aku ada terumpat
Kadang-kadang aku teringat
Banyak kali aku bermuslihat
Sekali sekala aku terlambat
Tapi bukan kerana akhwat
Kerana tugas sudah padat
Kini mula memegang amanat


Duhai sahabat
Engkau paling aku percaya
Sering memberi aku sinar cahaya
Tempat aku luahkan segala rasa
Dan juga segala rahsia
Berserta kisah cinta
Dan engkau beri benda berharga
Tidak setanding walaupun permata
Tak terlafaz walaupun bercerita


Demi sahabat
Aku mengerti
Aku perlu mengukir dan patri
Mencorak semula telaga hati
Kikis segala hasad dengki
Luntur semua rasa iri
Untuk jadi sahabat sejati



p/s: khas sesiapa yg bergelar sahabat...=)
~Allahu Akhbar~

3 Kata

Assalamualaikum..
Kali ni saya nak bawak satu tajuk lagu dalam blog ni..Lagu 3 Kata.
Mesti anda semua kata macam ni kn..: “3 Kata?? Apa ni?? Lagu KRU ni..blog ni meme lagho betol laa..lahgo2..ish3..takde keje ke empunya blog ni..”


3 Kata- KRU

Wo ai ni
I love you
Aku cinta padamu
3 kata paling bermakna tapi jarangnya didengar
Naan unnai kathalikarean
Saranghaeyo
Aishiteru
3 kata paling menyentuh tapi jarangnya disebut..


Kat atas ni adalah petikan lagu KRU yang sangat popular masa sekarang (2011)..saya secara jujurnya mengatakan, saya agak suka dengar lagu ni. SEBAB??? Mesti nk tau sebabkan..hehe. Sebab dalam lirik ni ada perkataan jepun, “Aishiteru”..haha. Meme sebab tu je la..haha (saya agak minat dengan perkataan2 jepun ni) tapi saya bukan nak cerita tentang lagu KRU ni..tapi hanya nak ambik tajuk lagu ni jee..hehe

Adik2.. abang2.. akak2..pakcik2..makcik2..ibu2..bapak2..
Muslimin muslimat..ikhwah dan akhwat sekalian..

“3 Kata” yang kita jarang sebut (mungkin selalu sebut bagi sesetengah orang..Alhamdulillah..=)) adalah “Subhanallah”.. “Alhamdulillah”.. “Allahu Akhbar”. Cuba kita muhasabah diri..(ni termasuk bagi orang yang menulis post ni jugak..) Berapa kerap kita menyebut “3 Kata” ini dalam sehari??? “3 Kata” adalah Zikrullah yang biasa kita dengar dan ada banyak lagi zikrullah yang selalu disebut.


"Hadis riwayat Abu Hurairah Radhiyallahu 'anhu , ia berkata:Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda: Allah Taala berfirman: Aku sesuai dengan persangkaan hamba-Ku terhadap-Ku dan Aku selalu bersamanya ketika dia mengingat-Ku. Apabila dia mengingat-Ku dalam dirinya, maka Aku pun akan mengingatnya dalam diri-Ku. Apabila dia mengingat-Ku dalam suatu jemaah manusia, maka Aku pun akan mengingatnya dalam suatu kumpulan makhluk yang lebih baik dari mereka. Apabila dia mendekati-Ku sejengkal, maka Aku akan mendekatinya sehasta. Apabila dia mendekati-Ku sehasta, maka Aku akan mendekatinya sedepa. Dan apabila dia datang kepada-Ku dengan berjalan, maka Aku akan datang kepadanya dengan berlari." [Riwayat Muslim]

Kadang-kadang pelbagai alasan yang terlintas kat fikiran, sebab apa kita tak selalu menyebut “3 Kata” dari Allah ini.. Alasan klise..

1. “Tak ada masa la, sibuk ni..”
2. “Nak cepat ni..”
3. “Aku dah sebut dalam solat tadi..”

Tau tak..bagi saya alasan-alasan sebegini sangat-sangat tidak logic dan tak masok akal langsung.. alasan 1 dan 2 saya boleh compile sekali.. dalam sehari kita ada berapa jam??? 24 jam kan..so??? why said like that, takde masa and nak cepat??? Tengok dan tafsir sendirik rajah di bawah ini (jangan tafsir dengan nafsu, tapi tafsir dengan hati..)



Tapi kalo kita ubah pun nilai masa kepada yg seperti di bawah ni pulak..



still kita ada banyak masa untuk beribadah.. ni nak bagi tips kalo nak ucapkan “3 Kata” ni, time OTW nak ke kelas or ke dastinasi yang dituju, kita boleh jee nak ucapkan..nape pulak nak bagi alasan takde masa kan..bila-bila masa jee kita bole ucap, kecuali time nak ke tandas..Allah sentiasa mendengar hambaNya yang berzikir memujinya..bukan dalam or selepas solat jee kita bole berzikir..ingat!!! islam bukan agama yang jumud.

“Anytime, anywhere in your heart we can zikrullah”

Alasan yang ke-3 tu pun sama gak cerr die.. “Aku dah sebut dalam solat tadi..” cukup ke rasanya??? Tau tak tujuan Allah melahirkan kita ke dunia ini..


-ومَا Ø®َÙ„َÙ‚ْتُ الْجِÙ†َّ ÙˆَالْØ¥ِنسَ Ø¥ِÙ„َّا Ù„ِÙŠَعْبُدُونِ


 “Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepadaKu.” [Surah Adz-Dzariyat: 56]


So, “3 Kata” yang kita mesti..harus..perlu sebut adalah 3 kata dari Allah ini dan ada banyak lagi kata-kata yang sangat “power” yang Allah turunkan. Bukan setakat..I love you, sarangheayo atau aishiteru yang power yang bole pikat hati manusia, tapi kalo kita gune Subhanallah, Alhamdulillah dan Allahu akhbar bukan setakat hati manusia, malahan hati Pencipta kita juga akan terpaut dengan ayat-ayat cinta yang kita lafazkan. Sesungguhnya, cinta dari sang Pencipta itu walaupun paling sukar didapati tetapi paling besar dan bermakna sekali bila kita mendapatkan kasih sayang dari-Nya. Wallahu A’lam..=)


3 Zikrullah-ANM

Subhanallah..
Alhamdulillah..
Allahu Akhbar..
3 kata paling bermakna tapi jarangnya didengar
Maha Suci Allah
Segala puji bagi Allah
Allah maha besar
3 kata paling menyentuh tapi jarangnya disebut..


p/s: post ini untuk semua muslimin muslimat, ikhwah akhwat sekalian, terutama pada diri pengngepost post ini..~Allahu Akhbar~

Thursday, November 10, 2011

Dia Penentu



Bukan salah takdir, aku bertemu engkau
Mengenal engkau
Dia Maha Kuasa dan Maha Mengetahui
Apa yang terbaik buat hamba-Nya


Tapi silap aku yang memulakan..
..langkah
Silap aku membuka bicara, bermadah kata
Silap aku beri pengharapan padamu
Silap aku berjalan tanpa ragu, menemuimu
Silap aku..
Memang silap aku


Sekarang kita sudah tahu
Kita dah tak seperti dulu
Tak bertemu..
Masing-masing ada hala tuju
Sudah faquhu


Tersenyum-senyum malu
Terasa bodoh bila terfikir zaman jahiliyah dulu-dulu
Buat apa nk ragu-ragu
Kena sabar dan tunggu
Mungkin kita akan bertemu..
..atau terpaksa pasrah jika tidak ditakdirkan begitu
Allah adalah penentu


Hanya mampu berdoa untuk itu
Aku pilih untuk sabar dan menunggu..

p/s: minta maaf banyak2 krn tlh melibatkan awak..=)

Saturday, November 5, 2011

Hana~




Sekuntum mawar merah
Juga himawari turut serta

Cantik..
Maaf..aq tak tertarik

Harum..
Maaf..tak nak petik walau sekuntum

Berduri..
Maaf..meme takde keje aq nak dekati

Just nak siram dan beri cahaya mentari
Bukan nak usik sampai kelopak masuk ke saku baju
Kalo termasuk satu kelopak, maaf la..
Janganla salahkan aq..
Meme takde niat nak ambik satu..ataupun seribu..

Mekar cempaka malu-malu
Teringat sakura terusik rindu

Warna-warni..
Maaf..tak bermaksud aq meminati

Mekar..
Maaf..takde niat nak sentuh sekalipun akar

Just nak letak baja dan pesticides
Memang aq sedang searching..
Tapi belom terniat untuk menghiasi tamanku dgn bunga-bunga ini
Aq tunggu rare flower dari Ilahi
Bila mekar..wangi..cantik..dan pasti tak berduri
InsyaAllah menghiasi taman firdausi..nanti..

Monday, October 24, 2011

Arigatou Ukasan..

Kasih seorang emak..

Hampir setiap malam mak call aq..bkn HAMPIR, tp SETIAP malam mak call. Bnda yang ditanya adalah..kat mana?? Dah makan ke blom?? Study blom?? Sembahyang blom??

 Tiap2 hari jumaat malam call, “nak balik tak minggu ni??” Bila aq kata ada kerja or program, mak slalu faham maksud aq. Dia dah faham tugas aq skrg.

Tp kawan2 kt bilik slalu kata, “kalo aq jd ko, rumah dh la dekat, aq balik tiap2 minggu atau hari2 aq balik hantar n ambik baju dr rumah..” aq sekadar senyum je bila dieorg kata gtu.. Meme la rumah dekat, niat tu dh ada nk hntar or cuci bj kat umah je, tp xsampai hati nk ssh kn mak kt rumah. Ingt mak aq keje dobi ke..mak aq bkn org gaji k..hello, we are 20 years old now.

Kadang2 kalo aq x balik rmh, mak slalu hantar makanan..bkn sikit, tp banyak smpai bole ajak satu rmh mkn..that my mom..hehe

Tp kadang2, kedengaran suara mak agak kesal bila aq kata aq x dpt balik mggu ni..kalo aq kata aq balik mmg lain la pulak nada suara dia. Rasa bersalah kadang2 muncul kat hati, bila mana dengar suara mak mcm tu..tp dia faham dah skrg tugas n amanah aq di sini. Walaupun dia xkata dia kecewa, tapi dr segi nada suara dia, aq dh tau.

Mak..kamek sayang kitak, very2 much..=)

My Beloved Mom..=)


p/s: Kewujudan mak kita bkn untuk disusahkan oleh kita, tp dia inginkan kesenangan dan melihat anak2 nya rasa gembira..

Monday, September 26, 2011

Aku miliki...

Sejak pertama kali aku melihat dirimu, tiba2 hati rasa ingin sahaja memilikimu..walaupun baru pertama kali aku “terlihat” dirimu itu, tetapi hati sudah berkenan..
Dari mata turun ke hati..di antara seribu engkau yg terpilih..

Pergh!! Sejuk mata memandang dgn rupa yg sngt “menawan”, bagai tak tertanding yg lain yg ada di muka bumi..sayang sekali, pertama kali berjumpa namun aku tidak sempat hendak cuba untuk mendekati dirimu..tetapi aq sudah tahu namamu dan juga tempat asalmu..



H******..sungguh indah namamu dan ia memberi semangat kepada ku untuk terus mencari dan memilikimu..berasal dari B**************, agak panjang la nama tmpat asalmu..dan kedudukan tempat itu juga agak jauh nun di seberang laut China Selatan..

Hati ini seperti dipaut oleh rindu..disaat engkau pergi begitu saja..

Allah itu Maha Kuasa dan Maha Menyanyangi hambanya yang hina ini..

Dipertemukan-Nya sekali lagi dengan dirimu..hati mula berdebar..aku beranikan diri untuk mendekati dirimu untuk kali ini..aku akan pastikan aku adalah orang yang pertama memilikimu, meskipun ramai lagi yang menginginkan dirimu..

Ar Rahman Ar Rahim..

Aku berjaya “memegangmu”..buat pertama-tama kalinya..

Tanpa membuang masa terus kita berjumpa “tok kadi” dan aku membayar mas kahwin dengan segera..lalu akad mula dilafazkan..

“Saya j***” kata “tok kadi”

“Saya b***” kata ku

Akhirnya engkau milikku selamanya..

Tiba2suatu hari, dirimu hilang dari sisiku..tidak bermaksud untuk aku meninggalkan dirimu di bawah terik mentari, namun apa kan daya..aq perlu melakukannya..sehingga dirimu dirampas oleh orang lain..sampai hati..PERAMPAS!!!..seminggu aku menangisi kehilanggan mu..aku sentiasa berdoa kepada Allah, supaya dirimu dipulangkan ke pangkuan ku..

Allah Maha adil lagi Maha Bijaksana..

Dia telah menegembalikan diri mu kepada aku..selepas seminggu dan tawakal aku berhasil juga akhirnya..gembira tidak terkata, bagai mendapat harta yang tidak ternilai banyaknya..

Kini..dirimu masih kekal bersamaku..sentiasa di sisi ku..mungkin sampai akhir waktu, sebelum aku menemui Sang Pencipta..




p/s: jangan fikir bukan2..salam ukhuwah..=)

Tuesday, September 20, 2011

Si Pembawa Torchlight

“Alif, Laam, Raa'. Ini ialah Kitab (Al-Quran) Kami turunkan ia kepadamu (wahai Muhammad), supaya engkau mengeluarkan umat manusia seluruhnya dari gelap-gelita kufur kepada cahaya iman dengan izin Tuhan mereka ke jalan Allah Yang Maha Kuasa lagi Maha Terpuji.” [Surah Ibrahim: 1]

Sememangnya kita sedang melalui jalan yg gelap gelita..ada di antara kita yg ada membawa torchlight..ada segelintir sahaja yg menggunakan torchlight mereka, manakala yg lain hanya menyimpan torchlight tersebut di dalam beg atau sekadar memegangnya di tangan sahaja. Bagi mereka yang membawa dan menggunakan torchlight mereka, ia sedikit sebanyak dapat membantu mereka2 yg tidak membawa torchlight. Ia memberi sumber cahaya kepada mereka(yg xmembawa torchlight) untuk berjalan pada laluan yg betul. Tetapi agak pelik bila org yg membawa torchlight tidak mahu menggunakan torchlightnya itu untuk sama2 menyuluhi serta menerangi laluan perjalanan yg agak gelap ini, supaya perjalanan itu menjadi semakin mudah bagi semua org. Laluan perjalanan kita adalah sama, apa salahnya kita kongsi cahaya dari torchlight dengan org lain yg tidak membawa bersama torchlight mereka..mungkin mereka tidak tahu akan wujudnya torchlight dan kepentingannya atau mungkin mereka lupa atau terlalu tergesa-gesa atau mungkin mereka tiada torchlight. Tidak salah bagi mereka yg membawa tapi tidak menggunakan torchlight mereka, tetapi jika mereka sama2 menggunakan torchlight tersebut “by switch on the torchlight” ..insyaAllah semua rintangan dan halangan dapat kita kenal pasti dan akan dapat ditempuhi dengan mudah tanpa sebarang masalah untuk menuju ke destinasi walaupun jalan di hadapan agak gelap gelita. Bukan sahaja jalan yg gelap kita lalui, malah kita akan terjumpa dengan banyak2 simpang, dan kita terpaksa memilih. Di sinilah jua kegunaan torchlight, untuk melihat apa yg ada di laluan tersebut agar kita tidak tersalah pilih simpang untuk ke destinasi abadi.


p/s: adakah kefahaman itu hanya milik individu atau ia patut di kongsi bersama rakan2 serta kenalan yg lain..? Muhasabah diri..