Saturday, November 12, 2011

Sahabat

Wahai sahabat
Maaf jika aku ada terumpat
Kadang-kadang aku teringat
Banyak kali aku bermuslihat
Sekali sekala aku terlambat
Tapi bukan kerana akhwat
Kerana tugas sudah padat
Kini mula memegang amanat


Duhai sahabat
Engkau paling aku percaya
Sering memberi aku sinar cahaya
Tempat aku luahkan segala rasa
Dan juga segala rahsia
Berserta kisah cinta
Dan engkau beri benda berharga
Tidak setanding walaupun permata
Tak terlafaz walaupun bercerita


Demi sahabat
Aku mengerti
Aku perlu mengukir dan patri
Mencorak semula telaga hati
Kikis segala hasad dengki
Luntur semua rasa iri
Untuk jadi sahabat sejati



p/s: khas sesiapa yg bergelar sahabat...=)
~Allahu Akhbar~

No comments:

Post a Comment