Sunday, July 31, 2011

Berilah Kekuatan

Semalam aku kedukaan
Kecewa kehilangan secebis hati
Terpahat kesakitan

Allah…
Inginku hentikan kaki ini
Untuk ku terus berjalan
Bagaikan tidak mampu untukku bertahan lagi
Mimpi ku selama inI
Bukan kenyataan lagi
Menjadi angan yang melayang
Jauh dari diri

Allah…
Penuhilah ruang hati ini
Isikan dengan nur ketabahan
Supaya aku berjalan dengan tujuan
Agar Ramadhanku penuh makna

Monday, July 25, 2011

Salah Ku

Ku sangka engkau yg semakin mnjauhkn diri dariku
Rupanya diri ku yg semakin jauh darimu
Panggilan mu selalu ku jawab lambat
Dan kadang2 ku biar xtrjawab
Messages mu seringkali ku abaikan
Dan kadang2 tidak ku sentuh sama sekali
Kadang2 aq ingat akn engkau
Dan kadang2 fikiranku dibayangi oleh wajah2 lain selainmu
Mungkin disebabkn oleh kesalahan ku ini engkau langsung tidak menghiraukan aku di sini
Aku mahu engkau tahu setiap apa yg aku lakukan
Hanya untukmu
Aku harap diri ini dapat diterima semula
Dan kifarah ku dapat diampunkan
Lebih2 lagi di bulan Ramadhan yang akan datang ini
Aku berjanji akan beribadah kepadamu dalam bulan yg mulia
Dan bulan2 yg seterusnya
Ya Allah, maafkan aku..
Terimalah aku..
 
"Wahai orang beriman! Diwajibkan ke atas kamu berpuasa (ramadhan) sebagaimana diwajibkan ke atas orang yang terdahulu daripada kamu, semoga kamu bertaqwa."[2:183]


Saturday, July 23, 2011

Cawan…kotor dan bersih??

Bismillahirahmannir rahim…
Assalamulaikum…saya nk kongsi sedikit ttg satu cerita berkaitan orang @ umat islam kini.
Seorang sahabat saya pernah ditanya oleh rakanya yg bukan muslim…cerita nye lebih kurang macam nil lh..


non muslim bertanya, “agama islam adalah agama yang suci,tetapi kenapa ada dalam kalangan penganutnya yang melakukan kemungkaran??”
Sahabat kita pn mnjawab dgn mmberi satu analogi yg begitu menarik…
“cuba bayangkn islam adalh seperti air, manakala jasad ataupn peribadi seseorang itu adalah seperti cawan..org islam yg baik adalah spt cawan yg bersih dan terdapat air di dalamnya, manakala org islam yg sering melakukan kemungkaran adalah seperti air yg terdapat di dalam cawan yang kotor..”
Dari sini kita boleh menilai siapakah kita di mata orang bukan islam…air yg terdapat dalam cawan yang bersih atau air yg terdapat dalam cawan yg kotor…


Kita sebagai umat islam harus menjalankan tugas kita sebagai seorang dai’ di muka bumi Allah ini.Cara yg terbaik untuk berdakwah adalah dengan menunjukkan sikap yang baik serta contoh teladan yg baik, supaya orang bukan islam dapat memandang dan melihat apakah itu agama islam.


Selain itu, dari cerita ini jug kita telah dpt tahu bahawa org bukan islam sentiasa melihat apa yg kita buat dlm kehidupan seharian kita…jadi kita hendaklah menunjukkn contoh trbaik kpd mereka(non muslim). Firman Allah swt:


“Serulah ke jalan Tuhanmu (wahai Muhammad) dengan hikmat kebijaksanaan dan nasihat pengajaran yang baik dan berbahaslah dengan mereka (yang engkau serukan itu) dengan cara yang lebih baik; sesungguhnya Tuhanmu Dialah jua yang lebih mengetahui akan orang yang sesat dari jalanNya dan Dialah jua yang lebih mengetahui akan orang-orang yang mendapat hidayat petunjuk.
(Surah an-Nahl: 125)

sekadar hiasan


Di sini saya ingin mengajak sahabat2 sekalian untuk sama2 kita muhasabah diri dan cuba mmprbetulkan kesilapan yg prnah kita lakukan kita sedikit demi sedikit. Perbaiki dir lebih-lebih lagi nk bulan Ramadhan ni..semoga kita sama2 dpt melakukan yg terbaik samada dlm ibadah atau kehidupan.
*Mungkin ada yg pernah baca bnda ni kot kt fb..*