Tuesday, November 15, 2011

Jalan Ilahi

Assalamualaikum..

Hari ini dapat satu analogi yang agak menaraik laa..(menarik bagi saya sendirik la, anda semua saya taktau lah kan..hehe).. Tadi tengah duduk-duduk kat CTF 1 sementara tunggu nak masok BS tu tengok la kereta..Pergh!! macam-macam jenis kereta yang saya nampak, agak mewah teringin pulak nak beli suatu hari nanti..(tapi masa tu mungkin kereta tu pun da jadik old school kot..) tapi bukan nak cerita tentang kereta impian tapi cerita tentang jalan Allah adalah jalan yang terbaik. Apa kaitan pulak dengan kereta??

 
Time duduk-duduk tu jugak saya perhatikan lah kereta-kereta yang bergerak kat jalan dalam Unimasku gemilang ni..ada yang laju..ada yang slow..ada yang sedang-sedang..ada yang salah laluan..ada yang buat silap time nak masok/keluar simpang..(pandai jee bagi komen kesalahan orang kat atas jalan, tapi sendirik sebenarnya blom ada lesen pun..sssshhhhhh).

Okeh..kat atas jalan raya ada undang-undang kan. Kalo kita ikot undang-undang, apakah aka nada kemalangan jalan raya??? Secara logiknya, mesti la tidak akan berlaku sebarang kemalangan jika semua pengguna jalan raya ni ikot undang-undang kan..perjalanan pun akan menjadi lancar tanpa sebarang gangguan..(insyaAllah).

Tapi apa akan berlaku pulak bila kita tiding mematuhi undang-undang lalu lintas ni..mesti akan berlaku kemalangan kan, seperti yang berlaku sekarang banyak berlaku. Tetapi bukan semua orang yang terlibat dalam kemalangan jalan raya ni atas sebab kecuaian mereka sendirik, tetapi disebabkan oleh kecuaian orang lain, menyebabkan mereka yang tidak berkenanan juga turut terlibat.

Nak dishort storykan, samalah kita sebagai manusia atau saya lebih suka menggunakan istilah Hamba..(yakni Hamba Allah) dengan kereta kat atas jalan. DIA telah melantik Rasul-rasul untuk memberi petunjuk kepada hambaNya, tentang jalan mana yang DIA sukai dan kehendaki. Jika kita ikot segala perintah Allah seta mencontohi Rasulullah, maka ganjaran yang baik akan menunggu ataupun akan selamat dunia dan akhirat(insyaAllah). Sesungguhnya jalan yang Allah sediakan adalah jalan yang TERBAIK yang ada untuk hambaNya. Dan Rasulullah adalah Qudwatun Hassanah, untuk ikutan umat sepanjang zaman.

Firman Allah swt:

“Dan kerana kesabaran mereka (mengerjakan suruhan Allah dan meninggalkan laranganNya), mereka dibalas oleh Allah dengan Syurga dan (persalinan dari) sutera.” [Surah al-Insan: 12]

 Tetapi bagi mereka yang melanggar atau menentang jalan yang Allah telah sediakan, boleh la kita ibaratkan sebagai kereta yang melanggar undang-undang lalu lintas. Kereta yang melawan arus jalan raya akan mengakibatkan berlakunya kesesakan dan juga kemalangan. Jadi orang yang menetang jalan Allah(agama Allah) akan mendapat kemungkaran dan balasan buruk di dunia dan di akhirat kelak.


p/s: pastikan jalan yang anda semua ikut mempunyai matlamat yang jelas dan mempunyai manual supaya anda tidak tersesat atau tersilap langkah dalam mencari sinar sebenar cahaya Ilahi..
~Allahu Akhbar~

No comments:

Post a Comment