Saturday, November 12, 2011

3 Kata

Assalamualaikum..
Kali ni saya nak bawak satu tajuk lagu dalam blog ni..Lagu 3 Kata.
Mesti anda semua kata macam ni kn..: “3 Kata?? Apa ni?? Lagu KRU ni..blog ni meme lagho betol laa..lahgo2..ish3..takde keje ke empunya blog ni..”


3 Kata- KRU

Wo ai ni
I love you
Aku cinta padamu
3 kata paling bermakna tapi jarangnya didengar
Naan unnai kathalikarean
Saranghaeyo
Aishiteru
3 kata paling menyentuh tapi jarangnya disebut..


Kat atas ni adalah petikan lagu KRU yang sangat popular masa sekarang (2011)..saya secara jujurnya mengatakan, saya agak suka dengar lagu ni. SEBAB??? Mesti nk tau sebabkan..hehe. Sebab dalam lirik ni ada perkataan jepun, “Aishiteru”..haha. Meme sebab tu je la..haha (saya agak minat dengan perkataan2 jepun ni) tapi saya bukan nak cerita tentang lagu KRU ni..tapi hanya nak ambik tajuk lagu ni jee..hehe

Adik2.. abang2.. akak2..pakcik2..makcik2..ibu2..bapak2..
Muslimin muslimat..ikhwah dan akhwat sekalian..

“3 Kata” yang kita jarang sebut (mungkin selalu sebut bagi sesetengah orang..Alhamdulillah..=)) adalah “Subhanallah”.. “Alhamdulillah”.. “Allahu Akhbar”. Cuba kita muhasabah diri..(ni termasuk bagi orang yang menulis post ni jugak..) Berapa kerap kita menyebut “3 Kata” ini dalam sehari??? “3 Kata” adalah Zikrullah yang biasa kita dengar dan ada banyak lagi zikrullah yang selalu disebut.


"Hadis riwayat Abu Hurairah Radhiyallahu 'anhu , ia berkata:Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda: Allah Taala berfirman: Aku sesuai dengan persangkaan hamba-Ku terhadap-Ku dan Aku selalu bersamanya ketika dia mengingat-Ku. Apabila dia mengingat-Ku dalam dirinya, maka Aku pun akan mengingatnya dalam diri-Ku. Apabila dia mengingat-Ku dalam suatu jemaah manusia, maka Aku pun akan mengingatnya dalam suatu kumpulan makhluk yang lebih baik dari mereka. Apabila dia mendekati-Ku sejengkal, maka Aku akan mendekatinya sehasta. Apabila dia mendekati-Ku sehasta, maka Aku akan mendekatinya sedepa. Dan apabila dia datang kepada-Ku dengan berjalan, maka Aku akan datang kepadanya dengan berlari." [Riwayat Muslim]

Kadang-kadang pelbagai alasan yang terlintas kat fikiran, sebab apa kita tak selalu menyebut “3 Kata” dari Allah ini.. Alasan klise..

1. “Tak ada masa la, sibuk ni..”
2. “Nak cepat ni..”
3. “Aku dah sebut dalam solat tadi..”

Tau tak..bagi saya alasan-alasan sebegini sangat-sangat tidak logic dan tak masok akal langsung.. alasan 1 dan 2 saya boleh compile sekali.. dalam sehari kita ada berapa jam??? 24 jam kan..so??? why said like that, takde masa and nak cepat??? Tengok dan tafsir sendirik rajah di bawah ini (jangan tafsir dengan nafsu, tapi tafsir dengan hati..)



Tapi kalo kita ubah pun nilai masa kepada yg seperti di bawah ni pulak..



still kita ada banyak masa untuk beribadah.. ni nak bagi tips kalo nak ucapkan “3 Kata” ni, time OTW nak ke kelas or ke dastinasi yang dituju, kita boleh jee nak ucapkan..nape pulak nak bagi alasan takde masa kan..bila-bila masa jee kita bole ucap, kecuali time nak ke tandas..Allah sentiasa mendengar hambaNya yang berzikir memujinya..bukan dalam or selepas solat jee kita bole berzikir..ingat!!! islam bukan agama yang jumud.

“Anytime, anywhere in your heart we can zikrullah”

Alasan yang ke-3 tu pun sama gak cerr die.. “Aku dah sebut dalam solat tadi..” cukup ke rasanya??? Tau tak tujuan Allah melahirkan kita ke dunia ini..


-ومَا خَلَقْتُ الْجِنَّ وَالْإِنسَ إِلَّا لِيَعْبُدُونِ


 “Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepadaKu.” [Surah Adz-Dzariyat: 56]


So, “3 Kata” yang kita mesti..harus..perlu sebut adalah 3 kata dari Allah ini dan ada banyak lagi kata-kata yang sangat “power” yang Allah turunkan. Bukan setakat..I love you, sarangheayo atau aishiteru yang power yang bole pikat hati manusia, tapi kalo kita gune Subhanallah, Alhamdulillah dan Allahu akhbar bukan setakat hati manusia, malahan hati Pencipta kita juga akan terpaut dengan ayat-ayat cinta yang kita lafazkan. Sesungguhnya, cinta dari sang Pencipta itu walaupun paling sukar didapati tetapi paling besar dan bermakna sekali bila kita mendapatkan kasih sayang dari-Nya. Wallahu A’lam..=)


3 Zikrullah-ANM

Subhanallah..
Alhamdulillah..
Allahu Akhbar..
3 kata paling bermakna tapi jarangnya didengar
Maha Suci Allah
Segala puji bagi Allah
Allah maha besar
3 kata paling menyentuh tapi jarangnya disebut..


p/s: post ini untuk semua muslimin muslimat, ikhwah akhwat sekalian, terutama pada diri pengngepost post ini..~Allahu Akhbar~

No comments:

Post a Comment