Monday, June 18, 2012

Budak Baju Belang


Petang tadi nak pergi solat asar kat surau. Niat dihati lepas selesai solat nanti terus balik bilik n study. Pada mulanya juga tak nak bawak Quran ke surau, tapi time nak melangkah keluar tangan tiba-tiba mencapai beg yang berisi Quran. Terus ke surau kolej.

Selesai solat asar pun kira-kira nak balik terus bilik n tak jadi baca Quran. Last-last terduduk di surau n baca beberapa muka surat dari surah An Nur. Terfikir, kenapalah sumua benda yang diniat tak menjadi.

Bila dah habis baca, teringat nak beli topup kat koperasi. Tapi ingat-ingat tadi masa keluar tak bawak dompet. Masa nak simpan Quran dalam beg tu ternampak sesuatu macam dompet. Rupanya memang dompet sendirik pun. So terus ke koperasi@ko-op walaupun rasa ajaib terbawak dompet.

Sebelum masuk ke ko-op, saya ada ternampak seorang budak kecik. Budak laki, umur maybe dalam 7-8 tahun kot. Berbaju belang hijau putih dan berseluar jeans. Agak selekeh la jugak, biasa la budak kecik kan. Tapi ada something yang pelik. Mata budak tu berair-air. Biji matanya merah, seperti baru nangis.

[kredit]


Lepas bayar topup dengan air tin revive, saya pun terus keluar dari ko-op. Masa tu ada 3 org amoi yang bising-bising kat dalam ko-op. Rimas pulak tunggu lama-lama. Masa nak balik tu, budak laki yang berbaju belang tiba-tiba datang dekat. Macam nak hadang jalan jee..

“Bang, nak 2 ringgit bang..”

Terkejut mendengar ayat yang keluar, walaupun nadanya agak perlahan. Mula-mula rasa macam kena “pau” dengan budak kecik nih. Tapi saya tanya balik, “Hah, apa?”

“Nak 2 ringgit..”

“Nak 2 ringgit..untuk apa?”

Budak tu pun menjawab:

“Nak beli mak-an-an.”

Pada mulanya saya tidak faham untuk apa, tapi bila saya tanya balik dia pun jawab dengan jawapan sama. Agak “tilo” (*kata org Sarawak..tak tau perkataan dalam BM..haha). *tilo nih macam kalo budak kecik cakap, kan ada certain perkataan yang agak lain cikit bunyi..

Melihat raut wajah anak kecik menyebabkan hati rasa nak tolong. Dengan selamba badak terus keluarkan 2 ringgit dari dompet n bagi kat budak tuh.

“Terima kasih bang..”

Ucapan terima kasih dengan nada excited n senyuman walaupun matanya still berair-air. Budak tu terus berlari masuk ke dalam ko-op.

Saya pun terus balik ke bilik. Tapi bila sampai bilik, terfikir pulak..lupa nak tanya nama. Lupa nak ta’aruf. Dari cara loghat percakapan, budak itu maybe non-muslim. Macam loghat dayak cikit. Entah..haha. Walau apa pun semoga Allah memberi rahmat dan sentiasa menjaga budak tu a.k.a budak 2 ringgit. Amin.

Nak kongsi ayat yang dibaca tadi:

“Tidakkah engkau mengetahui bahawasanya Allah (Yang Maha Esa dan Maha Kuasa) sentiasa bertasbih kepadaNya sekalian makhluk yang ada di langit dan di bumi serta burung-burung yang terbang berbaris di angkasa? Masing-masing sedia mengetahui (menurut keadaan semulajadinya) akan cara mengerjakan ibadatnya kepada Allah dan memujiNya dan Allah Maha Mengetahui akan apa yang mereka lakukan”
[An Nur: 41]

InsyaAllah sama-sama kita merasa bersukur dan sentiasa bertasbih kepada Allah. Dia mengatur segala perjalanan kita sehari-harian. Kita memang merancang, tapi Allah telah merancang apa yang terbaik untuk kita sebagai hambaNya. You trust in Him, He will show you the ways.

Terfikir, mungkin Allah nak tunjukkan sesuatu kepada diri ini yang kadang-kadang lupa akan sekeliling..mungkin lupa untuk bersyukur..emmmmm
Wallahu’alam.

P/S: Ya Allah, berilah aku kesempatan untuk bertemu sekali lagi dengan budak tu. =)

Petang Isnin yang agak panas
18/6/2012
28 Rejab 1433

Thursday, June 7, 2012

Tahniah! Jalan ke Syurga Semakin Sempit..

Jalan ini memang panjang. Sumpah panjang. (*saja suspen..ayat klise)
Dah la panjang, berlekok-lekok. Pastu ada duri lagi tu. Bukan setakat duri semalu jee..malahan duri durian, duri landak dan lain-lain (*letaklah duri apa lagi yang terlintas). Terpaksa berjengkek-jengkek, walaupun still ada duri yang akan terkena. Tapi sekurang-kurangnya kita cuba melaluinya. Anda bagaimana?

woooww..mcm naik roler coster..[kredit]


Jalan apakah itu?

Jalan Masjid India? Jalan Utama? India Street? Atau Street Fighter?

Yup! Semestinya jalan dakwah dan tarbiyyah. Anda sudah melalui, sedang melalui atau berniat nak melalui jalan ini.

Tahniah! Omedetou! Jalan menuju ke syurga semakin sempit, payah dan sukar. Sekarang menangislah anda yang berada di atas jalan ini. Hantoklah kepala anda dekat atas bantal. Terjunlah anda dari satu anak tangga. Sebab apa sempit? Sebab kita telah memikul satu tanggungjawab yang amat besar. Seperti memikul satu batang kayu balak. "..kita buat kerja Nabi.." kata seorang sahabat. Amanah untuk amar makruf nahi munkar kepada orang sekeliling.

Aduhai..
Relax suda~(^_^)V

Firman Allah SWT:

Katakanlah (wahai Muhammad): "Inilah jalanku dan orang-orang yang menurutku, menyeru manusia umumnya kepada agama Allah dengan berdasarkan keterangan dan bukti yang jelas nyata. Dan aku menegaskan: Maha suci Allah (dari segala iktiqad dan perbuatan syirik); dan bukanlah aku dari golongan yang mempersekutukan Allah dengan sesuatu yang lain." 
[Yusuf: 108]

Tahniah sekali lagi! Sesungguhnya anda berada pada satu batang jalan yang betul. You are in the right track. Angkat tangan kanan anda dan tepuk kesebelah bahu kiri. Tepuk beberapa kali..=)

Jalan ini adalah jalan yang insyaAllah sama dengan apa yang telah dilalui oleh para sahabat Nabi ketika zaman islam di Mekah. Nak cerita lebih lanjut?? Nun di ISK (*Ini Sejarah Kita)

Ingat walaupun jalan ini memang sukar dan ramai yang telah menyerah diri dari jalan ini, insyaAllah kita yang masih kekal di dalamnya akan mendapat Fathul Khabir. Jika kita yakin dan ikhlas Allah akan bagi lebih untuk kita. Amin..

Muhasarawak sejenak. Pernah kah kita merungut-rungut ketika berada dijalan ini? Jika ada, sama-sama kita perbetulkan. Ubah rungutan dengan kesyukuran kepada Ilahi.

Mari kita sama-sama muhasarawak sekali lagi. Apa yang kita dah buat pada masa lalu. Adakah kita sudah banyak membuang sampah-sampah ? Kalau ya, mari kita sama-sama kutip balik sampah tersebut.

Walaupun sekarang kita melalui jalan yang berliku-liku, berduri dan terpancar sinaran UV sang mentari, insyaAllah pada hujung jalan ini nanti pasti akan redup dilindungi pohon-pohon pokok syurga. Di hujungnya nanti ada telaga yang tidak akan kering untuk kita sama-sama melepaskan dahaga.

[kredit]


Remainder 4 u n me..(O_<)v
Wallahu'alam..

Jumaat yang cerah
8/6/2012
18 Rejab 1433



Sunday, June 3, 2012

Hati Rindu Belaian Mu_ _ _ _ _


[Warning]: The contents of this entry does not meant to break someone little heart or even to play-play around. Any misunderstanding should be avoided.

Huy..lalala..

Bila baca tajuk entry ni tetiba rasa macam lain macam jee kan..(*padahal xda feel pape poon). Okeh straight to the point la..

Dalam kita menjalani kehidupan sebagai seorang hamba Allah di muka buku bumi ini pelbagai perkara telah berlaku lebih-lebih lagi bila bergelar sebagai pendakwah. Down! Isu biasa atau polemik bagi seorang dai'e. Iman kita sentiasa Yazid dan Yankuz. 

Bila lama tak berbulatan, rasa kosong dalam diri. Rasa gatal-gatal dekat hati mula muncul pulak. Fuh...

Aduhai..

Kalau tak garu rasa gatal makain menjadi-jadi. Kalau garu pulak semakin menjadi. maka carilah ubat untuk meredakan dan menghilangkan rasa sakit.


::HATI RINDU BELAIAN MURABBI::