Sunday, August 28, 2011

Hadiah Untuk Umat Muhammad


Assalamualaikun semua..Sedar tak sedar, dah dekat nak bulan Syawal dah n Ramadhan akn meninggalkan kita(dalam beberapa hari lagi). Dulu time nak masuk bulan Ramadhan, ada seorg ustaz datang bagi ceramah tentang Ramadhan kat masjid. Sangat best la pengisian ustaz tu, walaupun cuma satu jam 30 minit je bagi pengisian, tapi pergh!!! Banyak gak la info n ibrah yang saya dapat. Ustaz tu ada cerita tentang beza orang zaman sekarang n zaman nabi serta zaman para sahabat, time Ramadhan sampai n time Ramadhan berakhir.



Time Ramadhan datang..

Masa orang nak tengok anak bulan, nak menentukan sama ada esok puasa atau tak..pada zaman nabi n zaman para sahabat, doa mereka mungkin berbunyi begini:-

“Ya Allah, Engkau nampakkan lah anak bulan supaya kami boleh berpuasa esok..”



Tapi, doa kebanyakan orang pada zaman ini berdoa:-

“Ya Allah, janganlah nampakkan anak bulan dulu malam ni..nampakkan lah ia pada malam esok..”





Time Ramadhan nak habis..

Masa orang nak tengok anak bulan, nak tentukan samada esok raya atau tak.. pada zaman nabi n zaman para sahabat, doa mereka mungkin berbunyi begini:-

“Ya Allah, aq memohon agar Engakau jangan menampakkan dulu anak bulan pada mala mini, agar aq boleh menambah amal ibadahku untuk kali terakhir..”



Tapi, doa kebanyakan orang pada zaman ini berdoa:-

“Ya Allah, Engkau nampakkanlah anak bulan pada malam ini..(sambung sndri yg kat belakang ni..=))”



Hmmmmmmmmmm..beza tak?? Kita berdoa bunyi macam mana?? Wallahu alam..

Bukan nak kata apa n bukan nak mengata orang, cuma untuk muhasabah diri sendiri. Time zaman nabi n para sahabat, mereka berlumba-lumba nak tambah aman ibadah mereka sebab bulan Ramadhan ni special berbanding bulan2 lain. Bulan lain pun ada keistimewaan gak, tapi tak sehebat ganjaran pada bulan Ramadhan. Mereka takut tak dapat jumpa Ramadhan lagi pada taun berikutnya nanti. Tapi kita, ada tak terfikir sehingga tahap itu, macam para sahabat fikir..tepuk dada, tanya iman.



Ustaz gak ada sebut tentang beza bulan puasa untuk umat Muhammad dengan umat2 nabi lain. Pada bulan puasa untuk umat Muhammad, setiap amalan kita Allah gandakan dengan 10 kali ganda berbanding pada bulan2 lain. Allah gak menurunkan satu malam yang mana amal ibadah kita menyamai amal ibadah seribu bulan. Tapi, bulan puasa untuk umat2 nabi lain tidak ada ganjaran yang seperti ini. Mengapa?? Mesti kita terfikir kan..ustaz tu kata, sebab umur umat Muhammad pendek2 berbanding umat2 nabi lain. Umat2 nabi lain umur mereka panjang2 dan mereka dapat la buat amal ibadah yang banyak dan dapat pahala yang banyak. Tapi Allah telah berikan umat Muhammad satu keistimewaan iaitu bulan Ramadhan dan malam Lailatul Qadar, supaya ganjaran pahala kita sama dengan @ lebih dari umat2 nabi lain. Adil tak Allah kepada kita?? Jagan pulak kata Allah tak adil bagi umur kita pendek2..ingat Allah  itu Maha Adil kepada semua makhluk ciptaannya. Jadi tiada alasan untuk kita sebagai umat nabi Muhammad berasa tidak puas hati dengan umat2 nabi lain. Allah dah beri apa yang sepatutnya kepada kita, hanya tinggal kita je yang nak ke tak mencarinya..Tepuk dada tanya iman.

Jadi kalo kita belom lagi mencari “Hadiah” dari Allah tu, masih belum terlambat lagi..marilah sama2 kita berubah..HENSHIN!!!=)

Friday, August 26, 2011

Aku Bukan...



Aku sekadar hamba-Nya yang serba kurangan..

Strategi ku tak semantap strategi Khalid al-Walid,

Aqidah ku tak seteguh Bilal bin Rabbah,

Diri ini tak seberani Umar al-Khatab,

Semangat ku tak sekental semangat Muaz dan Muiz,

Ilmu ku tak setinggi ilmu Ali bin Abu Talib,

Kekuatan ku tak segagah Sallehuddin al-Ayubi,

Amal jariah tak sebanyak Uthman bin Affan,

Ibadah ku tak sehebat Muhammad al-Fateh,

Iman ku tak sekukuh Abu Bakar,

Aku bukan seperti mereka,

Namun ku cuba ke arah itu..

Dan aku tak semulia Muhammad s.a.w.



Tuesday, August 23, 2011

Feelhoney-Sekadar Lelaki Biasa

Album :
Munsyid : Feelhoney


Wajah nan rembulan
Meruntun jiwaku
Tiap tutur kata
Penuh keimanan

Tetapi diriku
Berbeda denganmu
Aku hanya insan penuh kejahilan

Adakah mungkin kan ku miliki kasih
Atau sekadar dalam hati

Ya Allah perkenankan doaku
Jadi ku halal baginya
Menemani mimpi indahku
Ku bertanya...

Adakah harus ku kata
Ku cinta dia (Ku sayang dia)
Ku sayang dia (Ku cinta dia)
Siapalah aku
Sekadar lelaki yang biasa

Cintaku tak bererti memilikinya
Tapi cukup sekadar doa
Bahgiaku untuknya

Thursday, August 18, 2011

Pantun Palestina

Semua tahu limau masam,                
Simpan di hati dalam-dalam;
Isu Palestin bukan bermusim,
Ia isu seluruh muslim.


Buka-buka si tudung saji,
Lama-lama terasa buntu;
MacD starbuckmakanan ruji,
Sahabat di Palestin bila nak bantu.






Simpan duit dalam tempayan,
Ambik selendang letak di bahu;
Kita di sini pesta makanan,
Mereka di Palestin makanan pun tak dijamu.

Makan-makan sambil mandi,
Air perigi sejuk sekali;
Mengapa nak tlg org Yahudi,
Mari la bantu keluarga sendiri.


Duduk minum di kedai Abu,
Duduk bertiga kopinya satu;
Orang tembak dengan peluru,
Mereka pertahan dengan batu.


Dua tiga si anak unta,
Unta datang bawa bendera;
Mari la kita sama2 menderma,
Untuk saudara di Palestina tercinta.


Sorong perahu tarik perahu,
Perahu asal dari kayu;
Derma bukan untuk beli peluru,
Tetapi untuk kilang roti terbaru.


YDP Unimas nak ke Gaza,
Itu memang die punya ikrar;
Selamat berjuang mujahid muda,
Kepada saudara Mus’ab Muzahar.


Dua tiga ayam goreng,
Makan dengan kuah kari;
Pantun bukan nak mengata orang,
Tetapi untuk diri sendiri.

Wednesday, August 17, 2011

Kenangan Ramadhan 1431..=)

Ptg semalam lepas sy abes tilawah ckit, sy pn tngok jam..jam menunjukkn pukul 6.00pm. kalo ikut tu mcm biasa la sy brhenti. Tapi entah semlm lain je rasa. Nk dijadikn cerita, bila tngok jam kt dinding, suasana jd “black n white” mcm dlm cter lama2(konon nye la..haha). masa tu la sy tringt, kalo taun lepas masa ni, tgh cbuk hampar tikar n letak makanan dlm talam. Puasa taun lepas mmg lain bg sy yg xprnah mkn dgn kwn2(maklom la bkn skolh asrama). Nk digambarkn perasaan mmg indah n best la time tu(sambil brkumandang lgu “sebiru hari ini”). Walaupn makanan xlh bnyk sngt, tp mmg seronok la dpt brbuka dgn kwn2 kt masjid UNIMAS. Agih makanan, tuang air, basuh pinggan n cawan…lepas tu yg best nye, time tu bila nk bukak n pilih rakan seprjuangan utk mkn, sy la yg paling popular n mndpt prmintaan ramai(sbb xmkn bnyk..jd org slalu amik kesempatan dlm kesempitan..hehe). tp sy xkesah pn. Paling bernakna skali dpt ddk setalam dgn YDP UNIMAS akhi Mus’ab(masa tu blom kot jd YDP..hehe). Makan dalam talam mmg best n penuh nikmat la..apa berebut?? MEMME la.. tp itu la asas kpd ukhuwah bg pelajar2 asasi 1st batch UNIMAS n juga student2 dergee. Makanan mmg free, tp pelu keje la sndrik utk dptkn makanan. Tp pelajar2 asasi 2nd batch taun ni, xde UNIMAS bg peruntukan utk buat iftar kt msjd..mgkn ada hikamahnya la nnt. Sy pn ada la g bazaar n x bukak kt msjd..n sbb tu sy pn ada la PONTENG( bkn ponteng puasa k)..ponteng  tugas sy beberapa kali..n sy nk mtk maaf kt boss sy(Syazwan) kalo die baca n kpd kwn2 sekerja saya yg lain(xkira muslimin or muslimat). Seronok dpt kenal n mkn brsama kalian. Tp kpd kwn2 yg xada time ni, jgn jeles n sedih k..kta mgkn ada brsama-sama pada event2 yg lain yg penuh memori n mmberi impak kpd khidupan kita time asasi..ASASI!! ALLZ IZ WELL

Bukankah hati kita telah lama menyatu,
Dalam tali kisah persahabatan Ilahi,
Pegang erat tangan kita terakhir kalinya,
Hpus air mata meski kita kn trpisah, selamat jalan teman tetaplah berjuang,
Smoga kita bertemu kembali,

KENANAG MASA INDAH KITA SEBIRU HARI INI….=)




*gmbr xda kaitan dgn event

*maaf jika penulisan sy trlampau2, bnyk meta’flora n fauna’ n  hyper’active’

Thursday, August 11, 2011

Keseronokan dibulan Ramadhan

Seronok bila dapat memperbanyak ibadah tidak spt pada bulan2 lain bagi hamba-Nya yang beriman.
Seronok bila dapat berbuka bersama-sama dgn keluarga, rakan atau taulan.
Seronok bila emak buat juadah berbuka yang jarang dihidang pada bulan2 biasa.
Seronok bila dapat berjimat pada bulan ini.
Seronok bila kita beramal, pahalanya berlipat kali ganda ganjarannya.
Seronok bila kita hanya buat benda2 yang baik saja.
Seronok bila tali sillaturahim dan ikatan ukhuwah akan terbina dengan lebih erat dan teguh pada bulan ini.
Seronok bila dapat berniaga pada bulan ini.
Seronok bagi peniaga di bazar Ramadhan kerana dapat menambah hasil pendapatan mereka.
Seronok bagi peniaga kek2 lapis. (xpelu nk explain kenapa)
Seronok bila perokok tidak merokok dan xpayah nak hidu asap rokok.
Seronok bila dapat melatih diri untuk tunduk pada perintah-Nya.
Seronok bila dapat tahu doa2 kita mustajab pada bulan ini.
Seronok bila tahu adanya satu malam yang mana ibadah kita sama dengan ibadah seribu bulan (sama dengan 83 tahun).
Seronok bila dapat tahu syaitan2 telah dibelenggu.
Seronok bila dapat tahu pintu neraka akan ditutup n pintu syurga akan dibuka seluas-luasnya.
Keseronokan bagi orang2 fakir miskin dan yang tidak berkemampuan, bila mana kewujudan mereka dirasai oleh orang ramai.
Keseronokan meraikan kemenangan bagi semua muslin yang berpuasa bila tiba Syawal.
Dan ada banyak lagi keseronokan  dan manfaat pada bulan Ramadhan ini, sekiranya kita mengetahuinya..=)

"Dari Abu Hurairah ra: katanya Rasulullah saw berabda: "Barang siapa tidak meninggalkan ucapan dusta dan berbuat jahat (padahal dia puasa), maka Allah tidak butuh ia meninggalkan makan dan minum" [Bukhari]



Sunday, August 7, 2011

Demam la pulak...

“Ish, demam ni menyusahkan je la”..

“Time nak exam ni la nk demam”..

“Semua benda x selesa dila demam..makanan pn rasa x sedap”..

Inilah antara rungutan dan ada banyak lagi rungutan yang kita selalu katakan apabila menghidapi demam. Malangnya kita tidak sedar akan ganjaran demam kepada kita.

Dari Jabir r.a bahwasanya Rasulullah s.a.w menemui Ummu Saib – atau Ummu al-Musayyib – lalu Rasulullah bersabda :

مَا لَكِ تُزَفْزَفِيْنَ؟قاَلَتْ : الْحُمَى، لاَ بَارَكَ اللهُ فِيْهَا، فَقَالَ : لاَ تَسُبِّي الْحُمَى، فَإِنَّهَا تُذْهِبُ خَطَاياَ بَنِي آدَمَ، كَمَا يُذْهِبُ الْكِيْرُ خَبَثَ الْحَدِيْدِ

“Mengapa engkau menggigil? ” Dia menjawab : “Sakit demam, tidak ada barokahnya penyakit demam”, lalu Nabi s.a.w bersabda : “Janganlah mencela demam, karena penyakit ini menghilangkan dosa manusia, sebagaimana pemanasan besi menghilangkan keratnya.” (Shahih at-Tharghib 3437)

Lihat bagaimana demam itu berupaya untuk menghapuskan dosa kita apabila kita menghidapinya. Rasulullah jug melarang kita untuk mencela atau mengutuk penyakit demam tersebut.

Dan saya pernah terbaca dalam majalah Solusi(x ingt edisi yang ke berapa). Menceritakan tentang Ubay bin Kaab yang menghidap demam sepanjang hayatnya. Dia pernah bertanya dengan Rasulullah tentang ganjaran penyakit demam ini. Maka Rasulullah menjawab bahawa penyakit demam itu mampu mengalirkan kebaikan dan menghapus dosa sesiapa yang menghidapinya. Lalu Ubay bin Kaab pun segera berdoa supaya dia menghidapi penyakit demam itu agar dosa2 nya selama ini terhapus. Maka dia menghidapi demam itu sepanjang hayatnya.

Lihatlah sifat para sahabat seperti Ubay bin Kaab ini, samggup berdoa supaya dia menghidapi demam supaya dosanya dihapuskan. Jadi kita hendaklah bersyukur apabila menghidapi demam dan bukan semakin lemah tetepi semakin kuat dan gembira bila menghidapinya. Allah Maha Adil dan setiap kejadian ada hikmah dan ibrahnya yang tersendiri. Firman Allah dlm Al-Quran:

Nabi Musa menjawab: Tuhan kami ialah yang telah memberikan kepada tiap-tiap sesuatu: Kejadian semulajadinya yang sesuai dengannya, kemudian Dia memberi petunjuk kepadanya akan cara menggunakannya.” [Surah Thaha:50]

Tampal la apa saja kt kepala n makan ala apa2 jenis ubat, selagi Allah mengatakan KUNFAYAKUN, maka ketentuan itu tidak dapat diubah kecuali dengan adanya kehendak Dia yang Esa.



*harap sebarang kekhilafan dalam penulisan saya anda boleh tegur…




Friday, August 5, 2011

Banyak.....tanpa....

Kita har ini….

Banyak tidur tanpa sedar..

Banyak ilmu tanpa amal..

Banyak tulis tanpa baca..

Banyak tahu tanpa faham..

Banyak rungut tanpa syukur..

Banyak tawa tanpa tangis..

Banyak cakap tanpa buat..

Banyak lupa tanpa ingat..

Banyak tunggu tanpa jalan..

Banyak angan tanpa usaha..

Banyak mengharap tanpa berdoa..

Banyak puasa tanpa taqwa..

Banyak minta tanpa sujud..

Banyak like tanpa komen..haha

Banyak lagi la...







Tuesday, August 2, 2011

Belajar Tatabahasa

Bismillah hirahmanir rahim..
Assalamualaikum ..nk tnya beberapa soalan..
Soalan pertama.. siapakah anda, seorang:
A.      islam
B.      ISLAM
C.      Islam





Dah jawab..
Aplikasi kn benda ini…”Bau” dan “bau”..jika kita belajar subjek BM, ”Bau” adalah kata nama khas(menunjukkan NAMA benda tersebut sahaja) disebabkn oleh huruf “B”…manakala “bau” adalah kata nama am (menunjukkan SIFAT) kerana “b” di depan..

Soalan kedua..siapakah anda, seorang:
A.      islam
B.      ISLAM
C.      Islam






Jika anda menjawab..

A.-islam..ada merupakan seorang muslim yg mempunyai aqidah yg betol dan mengamalkan SIFAT2 keislaman dalam kehidupan.

B. dan C.-ISLAM atau Islam..ada hanya islam pada NAMA sahaja.

Jadi betulkah jawapan anda??..jika salah, betulkan..semoga kita tergolong dalam golongan muslim yang mendapat hidayah dan rahmat daripada Allah swt. Pastikan islam anda bukan pada luaran sahaja atau islam pada dalaman sahaja sehingga terdedah di luarnya. Pastikan islam pada dalaman dan luaran sekali. Mari kita muhasabah diri buat seketika.



“Tidak ada paksaan dalam agama (Islam), kerana sesungguhnya telah nyata kebenaran (Islam) dari kesesatan (kufur). Oleh itu, sesiapa yang tidak percayakan taghut, dan ia pula beriman kepada Allah, maka  sesungguhnya ia telah berpegang kepada simpulan (tali agama) yang teguh, yang tidak akan putus. Dan (ingatlah), Allah Maha Mendengar, lagi Maha mengetahui.” (Surah Al Baqarah: 256)