Sunday, August 28, 2011

Hadiah Untuk Umat Muhammad


Assalamualaikun semua..Sedar tak sedar, dah dekat nak bulan Syawal dah n Ramadhan akn meninggalkan kita(dalam beberapa hari lagi). Dulu time nak masuk bulan Ramadhan, ada seorg ustaz datang bagi ceramah tentang Ramadhan kat masjid. Sangat best la pengisian ustaz tu, walaupun cuma satu jam 30 minit je bagi pengisian, tapi pergh!!! Banyak gak la info n ibrah yang saya dapat. Ustaz tu ada cerita tentang beza orang zaman sekarang n zaman nabi serta zaman para sahabat, time Ramadhan sampai n time Ramadhan berakhir.



Time Ramadhan datang..

Masa orang nak tengok anak bulan, nak menentukan sama ada esok puasa atau tak..pada zaman nabi n zaman para sahabat, doa mereka mungkin berbunyi begini:-

“Ya Allah, Engkau nampakkan lah anak bulan supaya kami boleh berpuasa esok..”



Tapi, doa kebanyakan orang pada zaman ini berdoa:-

“Ya Allah, janganlah nampakkan anak bulan dulu malam ni..nampakkan lah ia pada malam esok..”





Time Ramadhan nak habis..

Masa orang nak tengok anak bulan, nak tentukan samada esok raya atau tak.. pada zaman nabi n zaman para sahabat, doa mereka mungkin berbunyi begini:-

“Ya Allah, aq memohon agar Engakau jangan menampakkan dulu anak bulan pada mala mini, agar aq boleh menambah amal ibadahku untuk kali terakhir..”



Tapi, doa kebanyakan orang pada zaman ini berdoa:-

“Ya Allah, Engkau nampakkanlah anak bulan pada malam ini..(sambung sndri yg kat belakang ni..=))”



Hmmmmmmmmmm..beza tak?? Kita berdoa bunyi macam mana?? Wallahu alam..

Bukan nak kata apa n bukan nak mengata orang, cuma untuk muhasabah diri sendiri. Time zaman nabi n para sahabat, mereka berlumba-lumba nak tambah aman ibadah mereka sebab bulan Ramadhan ni special berbanding bulan2 lain. Bulan lain pun ada keistimewaan gak, tapi tak sehebat ganjaran pada bulan Ramadhan. Mereka takut tak dapat jumpa Ramadhan lagi pada taun berikutnya nanti. Tapi kita, ada tak terfikir sehingga tahap itu, macam para sahabat fikir..tepuk dada, tanya iman.



Ustaz gak ada sebut tentang beza bulan puasa untuk umat Muhammad dengan umat2 nabi lain. Pada bulan puasa untuk umat Muhammad, setiap amalan kita Allah gandakan dengan 10 kali ganda berbanding pada bulan2 lain. Allah gak menurunkan satu malam yang mana amal ibadah kita menyamai amal ibadah seribu bulan. Tapi, bulan puasa untuk umat2 nabi lain tidak ada ganjaran yang seperti ini. Mengapa?? Mesti kita terfikir kan..ustaz tu kata, sebab umur umat Muhammad pendek2 berbanding umat2 nabi lain. Umat2 nabi lain umur mereka panjang2 dan mereka dapat la buat amal ibadah yang banyak dan dapat pahala yang banyak. Tapi Allah telah berikan umat Muhammad satu keistimewaan iaitu bulan Ramadhan dan malam Lailatul Qadar, supaya ganjaran pahala kita sama dengan @ lebih dari umat2 nabi lain. Adil tak Allah kepada kita?? Jagan pulak kata Allah tak adil bagi umur kita pendek2..ingat Allah  itu Maha Adil kepada semua makhluk ciptaannya. Jadi tiada alasan untuk kita sebagai umat nabi Muhammad berasa tidak puas hati dengan umat2 nabi lain. Allah dah beri apa yang sepatutnya kepada kita, hanya tinggal kita je yang nak ke tak mencarinya..Tepuk dada tanya iman.

Jadi kalo kita belom lagi mencari “Hadiah” dari Allah tu, masih belum terlambat lagi..marilah sama2 kita berubah..HENSHIN!!!=)

No comments:

Post a Comment