Sunday, August 7, 2011

Demam la pulak...

“Ish, demam ni menyusahkan je la”..

“Time nak exam ni la nk demam”..

“Semua benda x selesa dila demam..makanan pn rasa x sedap”..

Inilah antara rungutan dan ada banyak lagi rungutan yang kita selalu katakan apabila menghidapi demam. Malangnya kita tidak sedar akan ganjaran demam kepada kita.

Dari Jabir r.a bahwasanya Rasulullah s.a.w menemui Ummu Saib – atau Ummu al-Musayyib – lalu Rasulullah bersabda :

مَا لَكِ تُزَفْزَفِيْنَ؟قاَلَتْ : الْحُمَى، لاَ بَارَكَ اللهُ فِيْهَا، فَقَالَ : لاَ تَسُبِّي الْحُمَى، فَإِنَّهَا تُذْهِبُ خَطَاياَ بَنِي آدَمَ، كَمَا يُذْهِبُ الْكِيْرُ خَبَثَ الْحَدِيْدِ

“Mengapa engkau menggigil? ” Dia menjawab : “Sakit demam, tidak ada barokahnya penyakit demam”, lalu Nabi s.a.w bersabda : “Janganlah mencela demam, karena penyakit ini menghilangkan dosa manusia, sebagaimana pemanasan besi menghilangkan keratnya.” (Shahih at-Tharghib 3437)

Lihat bagaimana demam itu berupaya untuk menghapuskan dosa kita apabila kita menghidapinya. Rasulullah jug melarang kita untuk mencela atau mengutuk penyakit demam tersebut.

Dan saya pernah terbaca dalam majalah Solusi(x ingt edisi yang ke berapa). Menceritakan tentang Ubay bin Kaab yang menghidap demam sepanjang hayatnya. Dia pernah bertanya dengan Rasulullah tentang ganjaran penyakit demam ini. Maka Rasulullah menjawab bahawa penyakit demam itu mampu mengalirkan kebaikan dan menghapus dosa sesiapa yang menghidapinya. Lalu Ubay bin Kaab pun segera berdoa supaya dia menghidapi penyakit demam itu agar dosa2 nya selama ini terhapus. Maka dia menghidapi demam itu sepanjang hayatnya.

Lihatlah sifat para sahabat seperti Ubay bin Kaab ini, samggup berdoa supaya dia menghidapi demam supaya dosanya dihapuskan. Jadi kita hendaklah bersyukur apabila menghidapi demam dan bukan semakin lemah tetepi semakin kuat dan gembira bila menghidapinya. Allah Maha Adil dan setiap kejadian ada hikmah dan ibrahnya yang tersendiri. Firman Allah dlm Al-Quran:

Nabi Musa menjawab: Tuhan kami ialah yang telah memberikan kepada tiap-tiap sesuatu: Kejadian semulajadinya yang sesuai dengannya, kemudian Dia memberi petunjuk kepadanya akan cara menggunakannya.” [Surah Thaha:50]

Tampal la apa saja kt kepala n makan ala apa2 jenis ubat, selagi Allah mengatakan KUNFAYAKUN, maka ketentuan itu tidak dapat diubah kecuali dengan adanya kehendak Dia yang Esa.



*harap sebarang kekhilafan dalam penulisan saya anda boleh tegur…




2 comments: