Thursday, August 11, 2011

Keseronokan dibulan Ramadhan

Seronok bila dapat memperbanyak ibadah tidak spt pada bulan2 lain bagi hamba-Nya yang beriman.
Seronok bila dapat berbuka bersama-sama dgn keluarga, rakan atau taulan.
Seronok bila emak buat juadah berbuka yang jarang dihidang pada bulan2 biasa.
Seronok bila dapat berjimat pada bulan ini.
Seronok bila kita beramal, pahalanya berlipat kali ganda ganjarannya.
Seronok bila kita hanya buat benda2 yang baik saja.
Seronok bila tali sillaturahim dan ikatan ukhuwah akan terbina dengan lebih erat dan teguh pada bulan ini.
Seronok bila dapat berniaga pada bulan ini.
Seronok bagi peniaga di bazar Ramadhan kerana dapat menambah hasil pendapatan mereka.
Seronok bagi peniaga kek2 lapis. (xpelu nk explain kenapa)
Seronok bila perokok tidak merokok dan xpayah nak hidu asap rokok.
Seronok bila dapat melatih diri untuk tunduk pada perintah-Nya.
Seronok bila dapat tahu doa2 kita mustajab pada bulan ini.
Seronok bila tahu adanya satu malam yang mana ibadah kita sama dengan ibadah seribu bulan (sama dengan 83 tahun).
Seronok bila dapat tahu syaitan2 telah dibelenggu.
Seronok bila dapat tahu pintu neraka akan ditutup n pintu syurga akan dibuka seluas-luasnya.
Keseronokan bagi orang2 fakir miskin dan yang tidak berkemampuan, bila mana kewujudan mereka dirasai oleh orang ramai.
Keseronokan meraikan kemenangan bagi semua muslin yang berpuasa bila tiba Syawal.
Dan ada banyak lagi keseronokan  dan manfaat pada bulan Ramadhan ini, sekiranya kita mengetahuinya..=)

"Dari Abu Hurairah ra: katanya Rasulullah saw berabda: "Barang siapa tidak meninggalkan ucapan dusta dan berbuat jahat (padahal dia puasa), maka Allah tidak butuh ia meninggalkan makan dan minum" [Bukhari]



No comments:

Post a Comment