Monday, September 26, 2011

Aku miliki...

Sejak pertama kali aku melihat dirimu, tiba2 hati rasa ingin sahaja memilikimu..walaupun baru pertama kali aku “terlihat” dirimu itu, tetapi hati sudah berkenan..
Dari mata turun ke hati..di antara seribu engkau yg terpilih..

Pergh!! Sejuk mata memandang dgn rupa yg sngt “menawan”, bagai tak tertanding yg lain yg ada di muka bumi..sayang sekali, pertama kali berjumpa namun aku tidak sempat hendak cuba untuk mendekati dirimu..tetapi aq sudah tahu namamu dan juga tempat asalmu..



H******..sungguh indah namamu dan ia memberi semangat kepada ku untuk terus mencari dan memilikimu..berasal dari B**************, agak panjang la nama tmpat asalmu..dan kedudukan tempat itu juga agak jauh nun di seberang laut China Selatan..

Hati ini seperti dipaut oleh rindu..disaat engkau pergi begitu saja..

Allah itu Maha Kuasa dan Maha Menyanyangi hambanya yang hina ini..

Dipertemukan-Nya sekali lagi dengan dirimu..hati mula berdebar..aku beranikan diri untuk mendekati dirimu untuk kali ini..aku akan pastikan aku adalah orang yang pertama memilikimu, meskipun ramai lagi yang menginginkan dirimu..

Ar Rahman Ar Rahim..

Aku berjaya “memegangmu”..buat pertama-tama kalinya..

Tanpa membuang masa terus kita berjumpa “tok kadi” dan aku membayar mas kahwin dengan segera..lalu akad mula dilafazkan..

“Saya j***” kata “tok kadi”

“Saya b***” kata ku

Akhirnya engkau milikku selamanya..

Tiba2suatu hari, dirimu hilang dari sisiku..tidak bermaksud untuk aku meninggalkan dirimu di bawah terik mentari, namun apa kan daya..aq perlu melakukannya..sehingga dirimu dirampas oleh orang lain..sampai hati..PERAMPAS!!!..seminggu aku menangisi kehilanggan mu..aku sentiasa berdoa kepada Allah, supaya dirimu dipulangkan ke pangkuan ku..

Allah Maha adil lagi Maha Bijaksana..

Dia telah menegembalikan diri mu kepada aku..selepas seminggu dan tawakal aku berhasil juga akhirnya..gembira tidak terkata, bagai mendapat harta yang tidak ternilai banyaknya..

Kini..dirimu masih kekal bersamaku..sentiasa di sisi ku..mungkin sampai akhir waktu, sebelum aku menemui Sang Pencipta..




p/s: jangan fikir bukan2..salam ukhuwah..=)

Tuesday, September 20, 2011

Si Pembawa Torchlight

“Alif, Laam, Raa'. Ini ialah Kitab (Al-Quran) Kami turunkan ia kepadamu (wahai Muhammad), supaya engkau mengeluarkan umat manusia seluruhnya dari gelap-gelita kufur kepada cahaya iman dengan izin Tuhan mereka ke jalan Allah Yang Maha Kuasa lagi Maha Terpuji.” [Surah Ibrahim: 1]

Sememangnya kita sedang melalui jalan yg gelap gelita..ada di antara kita yg ada membawa torchlight..ada segelintir sahaja yg menggunakan torchlight mereka, manakala yg lain hanya menyimpan torchlight tersebut di dalam beg atau sekadar memegangnya di tangan sahaja. Bagi mereka yang membawa dan menggunakan torchlight mereka, ia sedikit sebanyak dapat membantu mereka2 yg tidak membawa torchlight. Ia memberi sumber cahaya kepada mereka(yg xmembawa torchlight) untuk berjalan pada laluan yg betul. Tetapi agak pelik bila org yg membawa torchlight tidak mahu menggunakan torchlightnya itu untuk sama2 menyuluhi serta menerangi laluan perjalanan yg agak gelap ini, supaya perjalanan itu menjadi semakin mudah bagi semua org. Laluan perjalanan kita adalah sama, apa salahnya kita kongsi cahaya dari torchlight dengan org lain yg tidak membawa bersama torchlight mereka..mungkin mereka tidak tahu akan wujudnya torchlight dan kepentingannya atau mungkin mereka lupa atau terlalu tergesa-gesa atau mungkin mereka tiada torchlight. Tidak salah bagi mereka yg membawa tapi tidak menggunakan torchlight mereka, tetapi jika mereka sama2 menggunakan torchlight tersebut “by switch on the torchlight” ..insyaAllah semua rintangan dan halangan dapat kita kenal pasti dan akan dapat ditempuhi dengan mudah tanpa sebarang masalah untuk menuju ke destinasi walaupun jalan di hadapan agak gelap gelita. Bukan sahaja jalan yg gelap kita lalui, malah kita akan terjumpa dengan banyak2 simpang, dan kita terpaksa memilih. Di sinilah jua kegunaan torchlight, untuk melihat apa yg ada di laluan tersebut agar kita tidak tersalah pilih simpang untuk ke destinasi abadi.


p/s: adakah kefahaman itu hanya milik individu atau ia patut di kongsi bersama rakan2 serta kenalan yg lain..? Muhasabah diri..

Thursday, September 15, 2011

Suasana

4 bulan dah cuti..segala nya telah berakhir. Bukan nk cerita pasal suasana pembentukan Malaysia(mentang-mentang arini Hari Malaysia), tapi nk cerita suasana iman kita. Dan sekarang mulalah perjalanan sebagai seorang mahasiswa, di samping menjadi seorang musafir di negari sendiri mencari jalan ke arah Ilahi. Huh..nasib baik la masa cuti yg panjang itu diisi dgn aktiviti n benda2 yg berfaedah, kalo tak meme iman kt dlm peti hati ini terkunci dan nafsu pula menguasainya. Pertama sekali, nak ucapkan syukur kpd Allah, kerana Dia saya dpt sekali lagi berjumpa dengan rakan2 saya kembali setelah lama terpisah oleh jarak ataupun oleh Laut China Selatan dan kedudukan geografi. Kerana Allah kami berpiah, dan kerana Nya lah jua kami bertemu kembali setelah lama terpisah..alhamdulillah..=)


Banyak perubahan pada diri mereka, dari segi fizikal dan rohaniah mereka. Ada yg dari kecik kpd besar..ada yg dari besar jadi kecik..dan ada yg dr besar jd lebih besar..hehe. Dan saya dr segi fizikalnya langsung tidak berubah. Still the same..(lelah nyawa makan banyak2 time raya, last2, xda pa2 perubahan pn =’( . Ada yg fikrah islamiyahnya menjadi semakin “power”..(agak jeles la jgk diri ni) . Tapi semuanya “TERBAIKKK!!!”


Diri ini berasa lebih kuat dan tabah bila mana saya bersama rakan2 yang “kuat”@iman yang mantap. Alhamdulillah dengan kehadiran mereka di sini sedikit sebanyak dapat memimpin saya di samping menjalakan tugas2 wajib mereka. Bagi saya, rakan yang “kuat” ini mampu mewujudkan dan membentuk suasana yang terbaik untuk saya yang masih belajar untuk merangkak mencari jalan Ilahi.


Tapi ini bukan bermaksud saya bergantung harap pada mereka sepenuh masa, tetapi yang saya inginkan adalah teguran dan bimbingan dari mereka. Bila mana saya tersilap langkah mereka boleh ingatkan diri ini yg selalu alpa. Ini kerana suasana di sini sangat lah banyak jenis ragam manusia, silap langkah maka hancurlah aqidah.. walaupun kita berlainan course, tapi kita berpegang dan mendaki pada satu “tali” yang sangat kukuh, iaitu tali agama Ilahi yang kekal abadi.