Thursday, September 15, 2011

Suasana

4 bulan dah cuti..segala nya telah berakhir. Bukan nk cerita pasal suasana pembentukan Malaysia(mentang-mentang arini Hari Malaysia), tapi nk cerita suasana iman kita. Dan sekarang mulalah perjalanan sebagai seorang mahasiswa, di samping menjadi seorang musafir di negari sendiri mencari jalan ke arah Ilahi. Huh..nasib baik la masa cuti yg panjang itu diisi dgn aktiviti n benda2 yg berfaedah, kalo tak meme iman kt dlm peti hati ini terkunci dan nafsu pula menguasainya. Pertama sekali, nak ucapkan syukur kpd Allah, kerana Dia saya dpt sekali lagi berjumpa dengan rakan2 saya kembali setelah lama terpisah oleh jarak ataupun oleh Laut China Selatan dan kedudukan geografi. Kerana Allah kami berpiah, dan kerana Nya lah jua kami bertemu kembali setelah lama terpisah..alhamdulillah..=)


Banyak perubahan pada diri mereka, dari segi fizikal dan rohaniah mereka. Ada yg dari kecik kpd besar..ada yg dari besar jadi kecik..dan ada yg dr besar jd lebih besar..hehe. Dan saya dr segi fizikalnya langsung tidak berubah. Still the same..(lelah nyawa makan banyak2 time raya, last2, xda pa2 perubahan pn =’( . Ada yg fikrah islamiyahnya menjadi semakin “power”..(agak jeles la jgk diri ni) . Tapi semuanya “TERBAIKKK!!!”


Diri ini berasa lebih kuat dan tabah bila mana saya bersama rakan2 yang “kuat”@iman yang mantap. Alhamdulillah dengan kehadiran mereka di sini sedikit sebanyak dapat memimpin saya di samping menjalakan tugas2 wajib mereka. Bagi saya, rakan yang “kuat” ini mampu mewujudkan dan membentuk suasana yang terbaik untuk saya yang masih belajar untuk merangkak mencari jalan Ilahi.


Tapi ini bukan bermaksud saya bergantung harap pada mereka sepenuh masa, tetapi yang saya inginkan adalah teguran dan bimbingan dari mereka. Bila mana saya tersilap langkah mereka boleh ingatkan diri ini yg selalu alpa. Ini kerana suasana di sini sangat lah banyak jenis ragam manusia, silap langkah maka hancurlah aqidah.. walaupun kita berlainan course, tapi kita berpegang dan mendaki pada satu “tali” yang sangat kukuh, iaitu tali agama Ilahi yang kekal abadi.




No comments:

Post a Comment