Tuesday, September 20, 2011

Si Pembawa Torchlight

“Alif, Laam, Raa'. Ini ialah Kitab (Al-Quran) Kami turunkan ia kepadamu (wahai Muhammad), supaya engkau mengeluarkan umat manusia seluruhnya dari gelap-gelita kufur kepada cahaya iman dengan izin Tuhan mereka ke jalan Allah Yang Maha Kuasa lagi Maha Terpuji.” [Surah Ibrahim: 1]

Sememangnya kita sedang melalui jalan yg gelap gelita..ada di antara kita yg ada membawa torchlight..ada segelintir sahaja yg menggunakan torchlight mereka, manakala yg lain hanya menyimpan torchlight tersebut di dalam beg atau sekadar memegangnya di tangan sahaja. Bagi mereka yang membawa dan menggunakan torchlight mereka, ia sedikit sebanyak dapat membantu mereka2 yg tidak membawa torchlight. Ia memberi sumber cahaya kepada mereka(yg xmembawa torchlight) untuk berjalan pada laluan yg betul. Tetapi agak pelik bila org yg membawa torchlight tidak mahu menggunakan torchlightnya itu untuk sama2 menyuluhi serta menerangi laluan perjalanan yg agak gelap ini, supaya perjalanan itu menjadi semakin mudah bagi semua org. Laluan perjalanan kita adalah sama, apa salahnya kita kongsi cahaya dari torchlight dengan org lain yg tidak membawa bersama torchlight mereka..mungkin mereka tidak tahu akan wujudnya torchlight dan kepentingannya atau mungkin mereka lupa atau terlalu tergesa-gesa atau mungkin mereka tiada torchlight. Tidak salah bagi mereka yg membawa tapi tidak menggunakan torchlight mereka, tetapi jika mereka sama2 menggunakan torchlight tersebut “by switch on the torchlight” ..insyaAllah semua rintangan dan halangan dapat kita kenal pasti dan akan dapat ditempuhi dengan mudah tanpa sebarang masalah untuk menuju ke destinasi walaupun jalan di hadapan agak gelap gelita. Bukan sahaja jalan yg gelap kita lalui, malah kita akan terjumpa dengan banyak2 simpang, dan kita terpaksa memilih. Di sinilah jua kegunaan torchlight, untuk melihat apa yg ada di laluan tersebut agar kita tidak tersalah pilih simpang untuk ke destinasi abadi.


p/s: adakah kefahaman itu hanya milik individu atau ia patut di kongsi bersama rakan2 serta kenalan yg lain..? Muhasabah diri..

No comments:

Post a Comment