Tuesday, January 24, 2012

Aku pun nak rasa epal gak la..

Amaran awal untuk pembaca:
Post ini kalo tak faham jangan teruskan membaca. Sebarang kehilangan harta benda serta nyawa adalah di luar kawalan pihak kami. Kami tidak akan membayar sebarang ganti rugi atas apa yang akan berlaku..hekhek
 
Masam or Manis?[kredit]
 
Al-kisah sebiji epal. Semua orang cerita pasal epal kat saya. Agak jeles. Menyesal tak ambik epal, bila mana orang nak bagi saya tak nak ambik la pulak..jual mahal tak bertempat. Stillnak tunggu buah manggis yang ade kat atas pokok yang tinggi tu. Sweet giler bile orang cerita tentang epal yang dieorang dapat. Makan. Rasa epal tersebut. Walaupun senang nak makan tapi bila rasa nak mutah, sangat la sakit rasanya..(so jangan la mutahkan epal yang da dimakan..hehe). semuanya dah ditentukan oleh sang Pencipta yang Esa. Epal merah kadang-kadang manis bila ditelan, tapi payah nak di mutahkan. Epal hijau tak semestinya rasa masam tau..ade yang manis gak.
Cemburu tahap gaban bila terfikir balik hal epal. Epal sangat sedap rupanya, baru sekarang saya tahu. Sebab dengar cerita kawan-kawan da seronok rasa, apatah lagi bilamana kita yang gigit epal tersebut. Tentu kita dapat merasai manis nya epal tersebut. Tapi sekarang dah xdapat nak rasa epal. Sebab epal tak tahan lama. Sekejap je da bole rosak.
Mungkin..
Tapi rasa bersyukur jugak la sebab Allah tak kasi saya rasa epal “tu” dulu. Alhamdulillah. Ada hikmah yang tersimpan. Mungkin Dia tak nak hambaNya yang lemah ini, hanyut dalam kelazatan nikmat sebiji epal. Mungkin Dia nak lindungi hambaNya yang hina ini dari terus melupakan Penciptanya. Mungkin Dia tahu bahawa hambaNya yang goyah ini, tidak mampu untuk menahan rasa sakit bilamana epal yang dimakan dimutahkan semula. Mungkin Dia tahu epal mana yang baik untuk hambaNya yang kurang zat makanan ini..mungkin kehilangan epal tersebut diganti dengan epal yang lebih baik dan lazat nanti..hehehe
Sebab manusia ini sering kali alpa akan nikamatyang Allah telah beri kepada mereka. Banyak kali dustabila bicara. Tak pernah bersyukur atas segala pemberian. Tak tahu bersabar menempuh ujian.
Ingat, nikamat Allah yang terbesar dikurniakan kepada kita. Nikmat islam itu sangat berharga. Nikmat imanitu sungguh luarbiasa sampai tak terjangka.

“Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan (wahai umat manusia dan jin)?” [Surah ar-Rahman: 13]




No comments:

Post a Comment