Monday, January 9, 2012

Salji di Palestina: Episode 1-Terhalang

Nazirul mencapai surat khabar yang baru dibeli pagi tadi. Baru sekarang dia sempat membelek-belek surat khabar tersebut. Walaupun hari minggu, dia tetap mempunyai urusan  yang agak penting.
“SubhanAllah!!” itu ayat pertama yang terkeluar dari mulut Nazirul apabila dia membaca tajuk utama surat khabar hari ini.
surat khabar lama!![kredit]
“Kenapa tu abi?” tanya Aisyah, anak perempuan kesayangan Nazirul.
Aisyah yang terbaring di atas sofa kini berdiri dan berjalan menuju ke arah abinya. Rancangan kegemaranya tidak dihiraukan lagi.
“Abi, kenapa ni?”
“Takde apa-apa Ai, abi terkejut je tadi.” kata Nazirul sambil mengusap kepala anak perempuannya yang lebih gemar di panggil Ai itu.
Aisyah tergelak. Dia kembali ke sofa, dan continue menonton tv.

“10 terbunuh dalam serangan ke atas tebing Gaza”

Tajuk ini menyebabkan hati Nazirul sebak…geram, kedua-duanya bercampur baur. Sebak apabila mengenangkan penduduk yang dibunuh di negara mereka sendiri iaitu Palestin. Walaupun tidak sedarah dan saling tidak mengenali, namun dia dapat merasakan bahawa mereka berkongsi “tali” yang sama. “Tali Allah”. Itulah yang menghubungkan dirinya dengan penduduk Palestin dan semua muslim di dunia ini.
Dan berpengan teguhlah kamu sekalian kepada tali Allah (agama Islam), dan jangalah kamu becerai-berai; dan kenanglah nikmat Allah kepada kamu ketika kamu bermusuh-musuhan (semasa jahiliyah dahulu), lalu Allah menyatukan di antara hati kamu (sehingga kamu bersepadu dengan nikmat Islam), maka menjadilah kamu dengan nikmat Allah itu orang-orang Islam yang bersaudara. Dan kamu dahulu telah berada di tepi jurang neraka (disebabkan kekufuran kamu semasa jahiliyah), lalu Allah selamatkan kamu dari neraka itu (disebabkan nikmat Islam juga). Demikialan Allah telah menjelaskan kepada kamu ayat-ayat keteranganNya supaya kamu mendapat pertunjuk dan hidayahNya.” [Al-Imran: 103]
Geram. Geram terhadap kekejaman tentera Israel yang tidak henti-henti untuk meng‘extinct’kan penduduk negara itu. Pelbagai alasan diberi untuk masuk dan memusnahkan bumi suci umat islam seluruh dunia itu. Sudah dapat kawasan yang dikehendaki, tapi still nak mengancam dan mengganggu penduduk Palestin tersebut.
“Abi..abi, tengok..tengok..kat negara tu ada salji la, tapi salji dia tak putih..salji dia warna kelabu. Kotor la..” tiba-tiba Ai memanggil abinya yang sedang khusyuk membaca.
Nazirul bangkit dari kerusi dan terus mengambil remote control dan menguatkan suara tv. Berita jam 11 ini memaparkan tentang satu lagi pembunuhan penduduk Palestin di tebing Gaza. Seorang telah terkorban dalam serangan tersebut. Betul apa yang anak perempuanya kata, umpama salji.. Debu-debu dari kebakaran rumah dan bangunan berterbangan di ruang atmosfera. Menutupi jalan dan tumbuh-tumbuhan seperti salji.
Salji or abu??[kredit]
Setelah berita tamat, Nazirul merebahkan diri di atas katil dalam biliknya. Batu dengan peluru. Dua benda yang sangat berbeza. Jauh sekali nilainya. Itu yang selalu berlegar-legar di kotak pemikiran Nazirul.
Sebulan yang lalu, perancangan untuk menghantar sumbangan ke Palestin terbantut. Dibatalkan ekoran serangan tentera Israel laknatullah ke atas penduduk negara terbabit telah bermula. Nazirul merupakan salah seorang dari sukarelawan untuk ke sana.
“Abang pasti ke, abang nak ke sana..nak tinggalkan kami..”
“Ye, abang tak main-main. Abang nak sangat pergi, nak bantu penduduk Palestin. Meraka kan saudara seagama kita, lagipun itu juga salah satu jihad fisabilillah terbesar.”
“Saya tak nafikan itu adalah jihad yang semua orang nak. Tapi abang tak fikir ke tentang Ai..dia masih kecil lagi, kalu berlaku apa-apa kat abang macam mana..” kata zaujah Nazirul, Hajar sambil air matanya mengalir deras ke pipi. Basah kuyup tudung yang dipakainya.
“A..i..”ucap Nazirul tersekat-sekat.
Nazirul hanya mampu senyap. Lidahnya kelu untuk berkata-kata. Memang betul itu jalan jihad, tetapi dia perlu consider juga keluarga dia. Aisyah masih kecil, baru mencecah usia 4 tahun. Jika dia ditakdirkan bertemu sang Penciptanya, siapa yang akan menjaga keluarganya itu? Tentu Aisyah akan mencari-cari dia nanti. Nazirul akur dan faham.
Nazirul telah menjadi sukarelawan sejak sepuluh tahun. Dia juga telah mengikuti lima misi kemanusiaan di negara-negara yang memerlukan bantuan. Bantuan makanan, perubatan, perkhidmatan dan pelbagai lagi bantuan yang dibawa. Somalia, Kemboja, Afrika, Timur Leste dan Aceh, Indonesia. Ini semua disebabkan rasa jihad yang ada dalam diri dia yang begitu membara. Berjuang di jalan Allah. Tetapi dia paling menginginkan untuk berpijak di bumi suci umat islam tersebut untuk melihat sendiri dan berjumpa penduduk-penduduk di situ. Membantu apa yang mampu. Nazirul pasrah. Dia hanya mampu menunggu dan bersabar. Menanti peluang dan ruang untuk dia ‘terbang’.
“Dan taatlah kamu kepada Allah dan RasulNya dan janganlah kamu berbantah-bantahan; kalau tidak nescaya kamu menjadi lemah semangat dan hilang kekuatan kamu dan sabarlah (menghadapi segala kesukaran dengan cekal hati); sesungguhnya Allah berserta orang-orang yang sabar.” [Al-Anfal: 46]
Terlelap seketika. Dia mula tersedar disaat azan berkumandang. Dia kemudian bangkit lalu duduk di sisi katil.

::to be bersambung..insyaAllah::

No comments:

Post a Comment