Monday, January 9, 2012

::Cinta adalah rasa Tanggungjawab::

Amaran awal: Ini BUKAN post jiwang karat..ky..kerana pengepost tiada pengalaman dalam menangani atau menghadapi konflik tersebut dalam diri..hekhekhek

Assalamualaikum..

Jang!![kredit]

Kali ini saya nak buat bende yang lain, tapi orang da ramai da perasan. Pendekatan kali ini saya cuba dekatkan yang jauh dan mendekatkan yang dekat dengan pendekatan anime. Hah!! Anime terkenal sekali iaitu Naruto. Tapi sius saya meme tak follow langsung anime ni. Dulu ade la follow ckit2, tapi sekarang da tak follow langsung..follow nai yo(*broken Japanese). Ade pun update dari naquib saya sendirik la..haha..tett.. Watak yang paling saya minat dalam anime ini adalah Kakashi..bukan Naruto walaupun tajuk cerita adalah Naruto. Tapi, sayang seribu, serbapa, sernenek, serdatuk kali sayang..saya bukan nak cerita pasal watak yang saya minat(*tu mungkin akan di storie dalam post lain kot..insyaAllah)..saya nak cerita pasal Naruto n Sasuke. Ape perbezaan mereka, n yang mane lebih anda sume prefer, based on watak(personalities) bukan atas dasar minat or atas dasar laut or sungai korang..

Selami n renangi table di bawah ni:


Naruto
Sasuke
Kebijaksanaan
Sedang2
Terbaik
Tahap
Genin
Junin
Teknik Biasa2
Teknik bayangan
Sharinggan
Teknik Up ckit
Rasenggan
Chidori(kot)
Kekuatan
Sedang2
Terbaik
Kehenseman
Sedang2
Terbaik
Kecoolan
Gelabah
Tenang


Dah puas da tengok table?? Kalo belom, tengok la lagi..kalo ade silap info tu comment la..jangan saman suda..tett.. ape yang saya cube nak bawak dalam post kali ni adalah…………………………………………………………………………………………………………………<xde pape>

Agak2 nye la, ape matlamat seorang ninja ye?? Ape agak nye matlamat Naruto n Sasuke?? Mesti la nak jadi ninja yang terkuat n mempunyai teknik yang tertinggi, terkuat n terhebat. Tapi nak jadi terkuat n terhebat mesti la ade care yang tersendirik kan..

Naruto..macam mane die nak jadi terkuat n terhebat?? 1st sekali die ade matlamat yang jelas n niat yang baik..bukti?? matlamat Naruto adalah nak jadi Hokage kan, lihat la, die berusaha ke arah nak jadi Hokage, tapi die ikot jalan yang betol..ape jalan yang betol tu?? Die belajar dari orang yang hebat seperti Petapa Gatal, cikgu Kakashi, Lee n cikgu Yamato. Sume orang2 ini, antara orang2 yang hebat.

2nd, Naruto ade teknik die tersendirik nak jadi kuat. Die kuat berusaha n bijak dalam strategi belajar. Die gunekan teknik yang die ade untuk menambah ilmu(kekuatan)..contohnye, die gunekan teknik Tajuu kage bunshin no jutsu(teknik bayangan berganda) n suroh klon2 die pergi menimba ilmu.. hahaha.. walaupun kite tak dpt nak praktikkan teknik ni, tp kite bole je buat ape yg die buat, iaitu belajar dari kawan2 n orang sekeliling..kutip je dari mereka ilmu2 tu. Ni sume jalan yang betol n terbaik.

Berbeza pulak dengan Sasuke. Matlamat die pun ade gak..gempak gak lah, tapi agak kurang baik..sebab?? Matlamat die nak menjadi ninja yang terhebat n dapat mengalahkan Naruto. Selain itu die gak nak balas dendam untuk family die yang da mati dibunuh. Matlamat da kurang baik n kurang jelas.

Seterusnya, care die nak dapatkan ilmu n nak jadi ninja terhebat adalah pada jalan yang kurang disukai, disenangi oleh orang lain. Sebab die lebih percaya n berpeganag pada “Dark Side”. Die join Orochimaru kan..tu la yang menyebabkan care die kurang betol..betol ke kalo join Orohimaru ni betol n dapat ilmu yang “diberkati” pada pendapat anda..(*maaf la kalo bahasa saya kurang difahami..=P)

Matlamat tak menghalalkan Cara..

Ape yang bole kit dapat dari cerite/post ni ye?? Banyak, tapi saya just nak terangkan ckit jee. Dalam hidup ini kite sebagai seorang daie harus mempunyai matlamat n cara yang betol dalam mengapai cita-cita n hasrat. Sebahagian dari kita mempunyai matlamat yang jelas, tetapi cara untuk melaksanakannya adalah kurang baik. Sama lah dengan kisah Robin Hood. Robin Hood seorang yang baik, sebab die sentiasa tolong orang miskin bagi makanan dan lain2. Tetapi cara yang die gunakan untuk mendapatkan bekalan atau makanan adalah salah(*kurang betol), kerana die mencuri barang tersebut n mendistributekan kepada orang2 miskin. So, matlamat tidak pernah menghalalkan cara..

dan Cara pun tak pernah menghalakan Matlamat..

Sama la jugak kan dengan cara kita, takkan pernah menghalalkan matlamat. Contohnye, matlamat kita adalah nak bercouple. Couple cara islamik katanyeeeeeee. Tak pegang tangan, tak duduk rapat-rapat, tak berada kat tempat sunyi-sunyi, jalan pun tak seiring..si Adam kat depan n si Hawa kat belakang(*wahh..sweet gilerrrrr). Memang cara betol, tapi matlamat tu da kurang jelas. Banyak(*ramai..orang Swak memang kelaka macam tuk) ustaz-ustaz berpendapat bahawasanya cinta akan datang selepas kahwin.

Cinta adalah rasa Tanggungjawab

Sesungguhnya , cinta itu datangnya selepas rumah dan tangga didirikan. Ini kerana, cinta adalah rasa tanggungjawab terhadap pasangan. Saling melengkapi hidup satu sama lain. Si Adam dengan tanggungjawabnya tersendiri terhadap si Hawa n si Hawa dengan tanggungjawab nya terhadap si Adam. Kalo setakat couple tu, tu bukan cinta namanye yeee, sebab takde tanggungjawab yang dilaksanakan. Ingat kalo ade dua orang bukan mahram berdua-duaan, mesti ade orang yang ketiga kat tengah2 tu..bukan berdua-dua, bertiga-tiga..hahahahaha

So, sesungguhnya, niat memainkan peranan penting dalam hidup kita n diikuti dengan cara yang betol. Jika niat kita dah tersasr maka rugi lakita hidup kat dunia ni. Kalo niat kita baik insyaAllah Allah itu Maha mengetahui lagi maha Pemurah.. Dia pasti dan pasti akan memberi ganjaran samada di dunia atau di akhirat.

Renungilah hadis ini:

عَنْ أَمِيْرِ الْمُؤْمِنِيْنَ أَبِيْ حَفْصٍ عُمَرَ بْنِ الْخَطَّابِ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ قَالَ : سَمِعْتُ رَسُوْلَ اللهِ صلى الله عليه وسلم يَقُوْلُ : إِنَّمَا اْلأَعْمَالُ بِالنِّيَّاتِ وَإِنَّمَا لِكُلِّ امْرِئٍ مَا نَوَى . فَمَنْ كَانَتْ هِجْرَتُهُ إِلَى اللهِ وَرَسُوْلِهِ فَهِجْرَتُهُ إِلَى اللهِ وَرَسُوْلِهِ، وَمَنْ كَانَتْ هِجْرَتُهُ لِدُنْيَا يُصِيْبُهَا أَوْ امْرَأَةٍ يَنْكِحُهَا فَهِجْرَتُهُ إِلَى مَا هَاجَرَ إِلَيْهِ . [رواه إماما المحدثين أبو عبد الله محمد بن إسماعيل بن إبراهيم بن المغيرة بن بردزبة البخاري وابو الحسين مسلم بن الحجاج بن مسلم القشيري النيسابوري في صحيحيهما اللذين هما أصح الكتب المصنفة]

Amirul mukminin, Umar bin khathab"Segala amal itu tergantung niatnya, dan setiap orang hanya mendapatkan sesuai niatnya. Maka barang siapa yang hijrahnya kepada Allah dan Rasul-Nya, maka hijrahnya itu kepada Allah dan Rasul-Nya. Barang siapa yang hijrahnya itu Karena kesenangan dunia atau karena seorang wanita yang akan dikawininya, maka hijrahnya itu kepada apa yang ditujunya".

[Diriwayatkan oleh dua orang ahli hadits yaitu Abu Abdullah Muhammad bin Ismail bin Ibrahim bin Mughirah bin Bardizbah Al Bukhari (orang Bukhara) dan Abul Husain Muslim bin Al Hajjaj bin Muslim Al Qusyairi An Naisaburi di dalam kedua kitabnya yang paling shahih di antara semua kitab hadits.] Sumber: Hadis 40

Wallhu alam..=)

p/s: sesungguhnya syaitan tidak henti-henti untuk merosakkan hati-hati orang yang sentiasa dekat dan ingat dengan Ilahi..so, jangan berhenti untuk terus ikhlaskan niat di hati..

No comments:

Post a Comment