Saturday, January 14, 2012

Salji di Palestina: Episode 2-Surat Cinta

oppss..[kredit]


“Tuk..tuk..tuk..” kedengaran pintu bilik diketuk.

“Masuk”

Kelihatan bidadari kecil sedang melangkah masuk ke dalam bilik. Senyuman terukir di bibirnya.

“Abi, umi kata kita solat berjemaah Zohor dulu, lepas tu kitaaa…makannn..” kata Aisyah dengan intonasi yang sangat manja.

“Baiklah tuan puteri” kata Nazirul sambil menggangkat Aisyah.

Selesai solat fardhu Zohor, Nazirul sekeluarga makan tengah hari bersama-sama. Penuh dengan gelak tawa melihat gelagat Aisyah. Sesekali terpadang wajah anaknya itu, Nazirul terlupa akan hasrat dan keinginannya untuk ke Palestin. Benda berharga baginya tak lain dan tak bukan, zaujah dan anaknya. Itulah harta yang dia ada sekarang. Begitulah kisah hidup Nazirul sekeluarga sehari-harian.

 Nazirul menunggu di dalam kereta sambil mendengar sebuah lagu.

 [Palestine tomorrow will be free-Maher Zain]

Itu memang lagu kegemaran dia sejak lagu tersebut keluar lagi. Sekali sekali dia melihat jam di tangannya. Waktu sekarang menunjukkan sharp pukul 2.00 petang.

“Tuk..tuk..tuk..” tingkap kereta diketuk.

Nazirul menoleh ke tingkap di sebelah co-driver. Kelihatan sang bidadari ayu berdiri di luar berserta senyuman terukir di bibirnya. Nazirul membalas dengan senyuman yang hampir sama.

“Assalamualaikum, abi.” kata Aisyah setelah membuka pintu kereta sambil menghulur tangan untuk bersalam.

“Waalaikumsalam.” sambil menghulur tangan dan Aisyah mencium tangannya.

“Abi, dah lame ke abi tunggu Ai? Maaflah kalo Ai terlambat. Ada perjumpaan persatuan tadi kat sekolah.”

“Ish, takde la, abi baru je sampai..semalam.”

Muka anaknya kini monyok dek mendengar sindiran dari abinya kerana terlewat. Nazirul tersenyum saja melihat facial expression anaknya itu.

“Aik! Buat ape tercegat lagi kat luar tu, tak nak masuk ke, tak nak balik?” sindir Nazirul dikirim bersama senyumannya.

“Mana la Ai nak masuk, Ai kan anak derhaka.” kelihatan pada muka Aisyah terpahat  rasa bersalah.

“Ala la la, merajuk pulak tuan puteri ni. Mane ade Ai ni anak derhaka, Ai adalah anak yang baik, solehah yang abi ada tau. Masuk la, abi maafkan.”

Setelah Aisyah masuk ke dalam kereta, Nazirul pun memegang kepala anaknya itu. Itulah tanda mesra yang dia akan buat terhadap Aisyah sejak dari kecil lagi hingga sekarang. Nazirul memandu menuju ke rumah. Dalam perjalanan, perbualan dua beranak ini berunsur tarbiyyah dan terselit sedikit hiburan, lawak dari Nazirul, gelak dari Aisyah.

Selesai solat berjemaah di rumah, mereka sekeluarga menjamah makan tengah hari. Keadaan tidak banyak berubah dari dulu hingga sekarang, masih meriah di atas meja makan oleh gelagat Aisyah yang kadang-kadang agak kebudak-budakan. Hampir 11 tahun berlalu, Aisyah kini sudah dewasa, sudah boleh berfikir antara yang haq dan batil. Nazirul sudah lama menyedari hal itu, hanya menunggu masa untuk memutahkan segala hasratnya kepada keluarganya.

“Lepas makan ni, awak free tak? Ai?” tanya Nazirul kepada zaujah dan anaknya.

“Emm, free. Kenapa?”

“ Free! free!. Ai dah siapkan semua kerje yang cikgu beri kat sekolah tadi.”

“Okey, abi nak bincang something, agak mustahak la jugak.” terang Nazirul sambil merenung ke arah zaujahnya.

“Uuu..mustahak? Menarik. Mesti bende best ni. Okey, Ai nak tolong umi cuci pinggan dulu la ye.” Kata Aisyah.

Kelihatan raut wajah Hajar muram, bagaikan dia sudah dapat meneka apa yang akan dibincangkan nanti.

“Ai, umi mane?”

“Umi masih kat dapur. Nanti Ai panggil umi.” katanya sambil berjalan menuju ruang dapur.

Seminit kemudian, Aisyah dan Hajar muncul lalu mereka duduk pada sofa kegemaran Aisyah. Nazirul membuka beg kerjanya. Perlahan-lahan dia menarik sesuatu keluar dari beg biru gelap tersebut. Sampul surat berwarna putih kelihatan keluar dari beg tersebut.

“Bila abang akan berangkat?” Nazirul terkejut bila mendengar soalan yang keluar dari bibir zaujahnya itu.

“Abi nak pergi mane?” tanya Aisyah

“InsyaAllah, dua minggu dari sekarang, tu pun kalo takde masalah dan halangan dari pihak atasan.”

“Abang buat la keputusan sendiri, Hajar faham. Hajar  dah boleh terima. Tapi tolong bagitau kat Ai bende ni..” kata zaujahnya sambil memandang ke arah anaknya.

“Ape ni, ape ni..Ai nak tau, Ai nak tau..” kata anaknya dengan penuh excited.

“Kalo begitu baiklah. Abang akan cerita sekarang pada Ai. Sebenarnya..” Nazirul menerangkan segala  hasrat hatinya itu kepada anaknya dengan nada yang lembut.

::to be bersambung::
Salji di Palestina: Episode 1-Terhalang

No comments:

Post a Comment