Friday, February 3, 2012

Salji di Palestina: Episode 4- Surat Terakhir


“Ummi..ummi okey ke?”

“Ummi okey..Ai jangan la risau pasal ummi”

Rasa tidak sedap hati tiba-tiba muncul di hati Hajar sejak pagi tadi. Tetapi Hajar cuba menyembunyikan perasaanya itu kepada anaknya. Perasaan itu menyebabkan Hajar tidak senang duduk seakan sesuatu akan berlaku.

Masuk hari ini sudah hari ke-3 pemergian rombongan konvoi ke Palestin. Masih tiada berita dari sana untuk kedua-dua anak-beranak di bumi Malaysia. Mungkin tiada network coverage di sana ataupun terlalu sibuk dengan urusan di sana.

Nazirul merupakan seorang doktor di klinik seorang ikhwah. Sudah 12 tahun dia bekerja di sana. Pertemuannya dengan Hajar juga turut berlaku di sana.

“Encik..encik..tunggu!! Encik ada tertinggal barang.”

Nazirul berhenti seketika lalu menoleh ke belakang. Dari jauh kelikatan seorang akhwat berdiri di pintu klinik. Di tangannya terdapat sebuah fail tebal dan senaskah al-Quran terjemahan.

“Allah..” kata Nazirul sambil memukul dahinya dengan tapak tangannya.

Nazirul kembali menuju ke arah klinik semula. Dia ke klinik untuk mendapatkan rawatan kerana dia mengalami demam selsema.

“Ini barang encik kan. Tadi encik tertinggal kat kerusi di luar bilik doktor tadi.”

“A’aa..ini barang saya..terima kasih sebab ingatkan saya.”

Hajar menghulurkan barang tersebut dan Nazirul menyambutnya. Itulah pertemuan pertama Hajar dan Nazirul. Dan terbinanya usrahnya kini adalah disebabkan oleh ayah Hajar  iaitu murabbi Nazirul sendiri.


**********


Kini hari ke-4 konvoi  ke Palestin dan tinggal lagi dua hari untuk berangkat pulang ke tanah air.

“Ummi lagi 2 hari abi nak balik kan..eee..tak sabar rasanye nak jumpe abi..” kata Aisyah dengan nada yang sangat riang.

“Ye..2 hari lagi..jadi Ai jangan nakal pulak time abi takde..ummi gtau abi nanti kalo Ai nakal.”

Kring..kring..

Hello..[kredit]


Tiba-tiba telefon rumah berbunyi. Hajar terus mengangkat gagang telefon tersebut.

“Assalamualaikum..ini Hajar ke?”

“Waalaikumsalam..ye ni Hajar. Ini sape?”

“Ni akak ni Hajar. Kak Syarifah ni. Zaujah Dr. Fazley.”

“Ooo..ade ape akak call ni?”

“Ni ada hal penting ni. Tadi suami akak ade call. Die kata yang konvoi mereka kene serang dengan 
tentera Israel. 2 orang terkorban terkene peluru tentera Israel.”

“Ya Allah betol ke ni kak..”

“Betol. Suami akak sempat gtau nama-nama mereka yang terselamat, tapi lepas tu talian terputus. Dan nama Nazirul dan 2 ikhwah yang lain Dr. Fazley belom sebut lagi. Dan akak tak pasti mereka 
selamat atau tak.”

“Ya Allah..” air mata mengalir ke pipi Hajar.

“Hajar bawa bersabar..berita ni tak pasti lagi..banyakkan berdoa..insyaAllah kami pun akan berdoa untuk keselamatan Nazirul dan yang lain..”

Malam itu Hajar dan Aisyah berada dalam keadaan sedih. Risau akan keselamatan Nazirul disana samada dia masih hidup atau telah kembali bertemu sang Penciptanya. Hajar tidak tidur pada malam itu. Menunggu jikalau ada panggilan tentang Nazirul.

Namum semalaman dia menunggu tetapi masih tiada sebarang berita. Air mata tetap mengalir di pipi Hajar dikala dia menadah tangan untuk memohon pertolongan dari Ilahi. Hampir sepanjang malam dia solat sunnat hajat.

Setelah solat subuh, Hajar baring di sofa di ruang tamu. Resah di hati masih belum berganjak pergi. Tiba-tiba terdengar lonceng pintu ditekan.

Hajar bangkit dan melangkah ke arah pintu. Difikirannya sekarang adalah mendengar berita buruk tentang Nazirul. Mungkin Nazirul sudah tiada lagi.

Berdebar-debar hati Hajar. Dia membuka pintu perlahan-lahan dan dengan perasaan sedih. Terkejutnya apabila dia membuka daun pintu rumahnya seorang lelaki berdiri dengan membawa sebuah beg bimbit biru.

“Assalamualaikum..”

“Wa..waalaikumsalam..”

Hajar terus memeluk lelaki itu dan menangis teresak-esak. Air mata keluar deras dari mata ke pipi Hajar. Seakan-akan tidak akan berhenti keluar.

“Hajar..abang dah balik..”



Firman Allah swt,

“Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang yang beriman akan jiwa mereka dan harta benda mereka dengan (balasan) bahawa mereka akan beroleh Syurga, (disebabkan) mereka berjuang pada jalan Allah maka (di antara) mereka ada yang membunuh dan terbunuh. (Balasan Syurga yang demikian ialah) sebagai janji yang benar yang ditetapkan oleh Allah di dalam (Kitab-kitab) Taurat dan Injil serta Al-Quran dan siapakah lagi yang lebih menyempurnakan janjinya daripada Allah? Oleh itu, bergembiralah dengan jualan yang kamu jalankan jual belinya itu dan (ketahuilah bahawa) jual beli (yang seperti itu) ialah kemenangan yang besar.” [At-Taubah: 111]


Isu Palestin bukan isu musiman..[kredit]

::TAMAT::


p/s: -cerita ini hanya sekadar rekaan semata-mata n tidak ada kene mengena dengan yang masih hidup atau yg telah meninggal dunia.
-maaf jika cerita terlalu boring n cara penceritaan n penulisan kurang menarik n memuaskan. Ini adalah percubaan pertama buat sy sbg tuan empunya blog..
-segala komen2 ttg cerita n format penulisan diharap bole dikomenkn sebagai satuindicator utk sy menulis dgn lebih baik pada masa akan dtg..insyaAllah..

No comments:

Post a Comment