Petang tadi
nak pergi solat asar kat surau. Niat dihati lepas selesai solat nanti terus
balik bilik n study. Pada mulanya juga tak nak bawak Quran ke surau, tapi time
nak melangkah keluar tangan tiba-tiba mencapai beg yang berisi Quran. Terus ke
surau kolej.
Selesai solat
asar pun kira-kira nak balik terus bilik n tak jadi baca Quran. Last-last
terduduk di surau n baca beberapa muka surat dari surah An Nur. Terfikir,
kenapalah sumua benda yang diniat tak menjadi.
Bila dah
habis baca, teringat nak beli topup kat koperasi. Tapi ingat-ingat tadi masa
keluar tak bawak dompet. Masa nak simpan Quran dalam beg tu ternampak sesuatu
macam dompet. Rupanya memang dompet sendirik pun. So terus ke koperasi@ko-op
walaupun rasa ajaib terbawak dompet.
Sebelum masuk
ke ko-op, saya ada ternampak seorang budak kecik. Budak laki, umur maybe dalam
7-8 tahun kot. Berbaju belang hijau putih dan berseluar jeans. Agak selekeh la
jugak, biasa la budak kecik kan. Tapi ada something yang pelik. Mata budak tu
berair-air. Biji matanya merah, seperti baru nangis.
![]() |
[kredit] |
Lepas bayar
topup dengan air tin revive, saya pun terus keluar dari ko-op. Masa tu ada 3
org amoi yang bising-bising kat dalam ko-op. Rimas pulak tunggu lama-lama. Masa
nak balik tu, budak laki yang berbaju belang tiba-tiba datang dekat. Macam nak
hadang jalan jee..
“Bang, nak
2 ringgit bang..”
Terkejut mendengar
ayat yang keluar, walaupun nadanya agak perlahan. Mula-mula rasa macam kena “pau”
dengan budak kecik nih. Tapi saya tanya balik, “Hah, apa?”
“Nak 2
ringgit..”
“Nak 2
ringgit..untuk apa?”
Budak tu
pun menjawab:
“Nak beli
mak-an-an.”
Pada mulanya
saya tidak faham untuk apa, tapi bila saya tanya balik dia pun jawab dengan
jawapan sama. Agak “tilo” (*kata org Sarawak..tak tau perkataan dalam
BM..haha). *tilo nih macam kalo budak kecik cakap, kan ada certain perkataan
yang agak lain cikit bunyi..
Melihat raut
wajah anak kecik menyebabkan hati rasa nak tolong. Dengan selamba badak terus
keluarkan 2 ringgit dari dompet n bagi kat budak tuh.
“Terima
kasih bang..”
Ucapan terima
kasih dengan nada excited n senyuman walaupun matanya still berair-air. Budak tu
terus berlari masuk ke dalam ko-op.
Saya pun
terus balik ke bilik. Tapi bila sampai bilik, terfikir pulak..lupa nak tanya
nama. Lupa nak ta’aruf. Dari cara loghat percakapan, budak itu maybe
non-muslim. Macam loghat dayak cikit. Entah..haha. Walau apa pun semoga Allah
memberi rahmat dan sentiasa menjaga budak tu a.k.a budak 2 ringgit. Amin.
Nak kongsi
ayat yang dibaca tadi:
“Tidakkah engkau
mengetahui bahawasanya Allah (Yang Maha Esa dan Maha Kuasa) sentiasa bertasbih
kepadaNya sekalian makhluk yang ada di langit dan di bumi serta burung-burung
yang terbang berbaris di angkasa? Masing-masing sedia mengetahui (menurut
keadaan semulajadinya) akan cara mengerjakan ibadatnya kepada Allah dan
memujiNya dan Allah Maha Mengetahui akan apa yang mereka lakukan”
[An Nur: 41]
InsyaAllah
sama-sama kita merasa bersukur dan sentiasa bertasbih kepada Allah. Dia
mengatur segala perjalanan kita sehari-harian. Kita memang merancang, tapi
Allah telah merancang apa yang terbaik untuk kita sebagai hambaNya. You trust
in Him, He will show you the ways.
Terfikir,
mungkin Allah nak tunjukkan sesuatu kepada diri ini yang kadang-kadang lupa
akan sekeliling..mungkin lupa untuk bersyukur..emmmmm
Wallahu’alam.
P/S: Ya
Allah, berilah aku kesempatan untuk bertemu sekali lagi dengan budak tu. =)
Petang Isnin
yang agak panas
18/6/2012
28 Rejab
1433
No comments:
Post a Comment