Monday, October 22, 2012

Jus Kurma


“Akhi, macam mana dengan ‘jus kurma’? Sihat tak?”

Itu adalah soalan pertama yang keluar dari seorang ikhwah yang saya ziarah. Perasaan saya yang pada mulanya sebak, tiba-tiba tersentak dengan soalan yang diberikan. Beliau telah sebulan lebih tinggal di hospital.

Soalan yang dilontarkan diiringi bersama senyuman. Rasa tersentak diikuti oleh perasaan malu. Walaupun hanya kami berdua saja yang faham akan maksud tersirat disebalik term-term yang digunakan. Terhibur seketika.

Subhanallah, walaupun beliau dalam keadaan sebegitu, namun beliau masih mengekalkan senyuman dan gurau-senda yang sama seperti dulu.

Tabah. Kuat. Sabar. Semangat.  Inilah yang bolah saya gambarkan sifat beliau. Bersembang seperti biasa, seperti dulu-dulu. Lebih-lebih lagi dengan kehadiran sahabat karib beliu. Dengan lawak yang saya sendiri pun seakan-akan telah lupa rasa sebak dan sedih dalam dada.

Apabila kami berkata “InsyaAllah, enta akan sembuh.”, beliau menjawab dengan jawapan yang menyentakkn hati kami sendiri.

“Biasa la akhi, ujian Allah.”                                                                 

Agak terpinga-pinga dengan jawapan beliau. Namun kami memahami maksud belaiu itu. Pertama kali saya melihat seorang hamba Allah yang begitu tabah.

Sejam lebih kami di dalam wad beliau. Namun bukan suram, penuh dengan gelak tawa. Pertemuan yang tidak dapat saya lupakan walaupun terpaksa untuk melanggar undang-undang hospital pada hari itu.

Di sini saya kongsikan sedikit ayat yang beliau pernah katakan.
Firman Allah swt.

“Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: Kami beriman, sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)? Dan demi sesungguhnya! Kami telah menguji orang-orang yang terdahulu daripada mereka, maka (dengan ujian yang demikian), nyata apa yang diketahui Allah tentang orang-orang yang sebenar-benarnya beriman dan nyata pula apa yang diketahuiNya tentang orang-orang yang berdusta.”
[Al-Ankabut: 2-3]

Walau pun apa yang berlaku terhadap saudara kita, kita tetap dibawah satu naungan dan ber gerak pada satu jalan. Semoga beliau mendapat kesembuhan dengan cepat. Amin.

No comments:

Post a Comment