Saturday, July 23, 2011

Cawan…kotor dan bersih??

Bismillahirahmannir rahim…
Assalamulaikum…saya nk kongsi sedikit ttg satu cerita berkaitan orang @ umat islam kini.
Seorang sahabat saya pernah ditanya oleh rakanya yg bukan muslim…cerita nye lebih kurang macam nil lh..


non muslim bertanya, “agama islam adalah agama yang suci,tetapi kenapa ada dalam kalangan penganutnya yang melakukan kemungkaran??”
Sahabat kita pn mnjawab dgn mmberi satu analogi yg begitu menarik…
“cuba bayangkn islam adalh seperti air, manakala jasad ataupn peribadi seseorang itu adalah seperti cawan..org islam yg baik adalah spt cawan yg bersih dan terdapat air di dalamnya, manakala org islam yg sering melakukan kemungkaran adalah seperti air yg terdapat di dalam cawan yang kotor..”
Dari sini kita boleh menilai siapakah kita di mata orang bukan islam…air yg terdapat dalam cawan yang bersih atau air yg terdapat dalam cawan yg kotor…


Kita sebagai umat islam harus menjalankan tugas kita sebagai seorang dai’ di muka bumi Allah ini.Cara yg terbaik untuk berdakwah adalah dengan menunjukkan sikap yang baik serta contoh teladan yg baik, supaya orang bukan islam dapat memandang dan melihat apakah itu agama islam.


Selain itu, dari cerita ini jug kita telah dpt tahu bahawa org bukan islam sentiasa melihat apa yg kita buat dlm kehidupan seharian kita…jadi kita hendaklah menunjukkn contoh trbaik kpd mereka(non muslim). Firman Allah swt:


“Serulah ke jalan Tuhanmu (wahai Muhammad) dengan hikmat kebijaksanaan dan nasihat pengajaran yang baik dan berbahaslah dengan mereka (yang engkau serukan itu) dengan cara yang lebih baik; sesungguhnya Tuhanmu Dialah jua yang lebih mengetahui akan orang yang sesat dari jalanNya dan Dialah jua yang lebih mengetahui akan orang-orang yang mendapat hidayat petunjuk.
(Surah an-Nahl: 125)

sekadar hiasan


Di sini saya ingin mengajak sahabat2 sekalian untuk sama2 kita muhasabah diri dan cuba mmprbetulkan kesilapan yg prnah kita lakukan kita sedikit demi sedikit. Perbaiki dir lebih-lebih lagi nk bulan Ramadhan ni..semoga kita sama2 dpt melakukan yg terbaik samada dlm ibadah atau kehidupan.
*Mungkin ada yg pernah baca bnda ni kot kt fb..*

No comments:

Post a Comment