Monday, June 18, 2012

Budak Baju Belang


Petang tadi nak pergi solat asar kat surau. Niat dihati lepas selesai solat nanti terus balik bilik n study. Pada mulanya juga tak nak bawak Quran ke surau, tapi time nak melangkah keluar tangan tiba-tiba mencapai beg yang berisi Quran. Terus ke surau kolej.

Selesai solat asar pun kira-kira nak balik terus bilik n tak jadi baca Quran. Last-last terduduk di surau n baca beberapa muka surat dari surah An Nur. Terfikir, kenapalah sumua benda yang diniat tak menjadi.

Bila dah habis baca, teringat nak beli topup kat koperasi. Tapi ingat-ingat tadi masa keluar tak bawak dompet. Masa nak simpan Quran dalam beg tu ternampak sesuatu macam dompet. Rupanya memang dompet sendirik pun. So terus ke koperasi@ko-op walaupun rasa ajaib terbawak dompet.

Sebelum masuk ke ko-op, saya ada ternampak seorang budak kecik. Budak laki, umur maybe dalam 7-8 tahun kot. Berbaju belang hijau putih dan berseluar jeans. Agak selekeh la jugak, biasa la budak kecik kan. Tapi ada something yang pelik. Mata budak tu berair-air. Biji matanya merah, seperti baru nangis.

[kredit]


Lepas bayar topup dengan air tin revive, saya pun terus keluar dari ko-op. Masa tu ada 3 org amoi yang bising-bising kat dalam ko-op. Rimas pulak tunggu lama-lama. Masa nak balik tu, budak laki yang berbaju belang tiba-tiba datang dekat. Macam nak hadang jalan jee..

“Bang, nak 2 ringgit bang..”

Terkejut mendengar ayat yang keluar, walaupun nadanya agak perlahan. Mula-mula rasa macam kena “pau” dengan budak kecik nih. Tapi saya tanya balik, “Hah, apa?”

“Nak 2 ringgit..”

“Nak 2 ringgit..untuk apa?”

Budak tu pun menjawab:

“Nak beli mak-an-an.”

Pada mulanya saya tidak faham untuk apa, tapi bila saya tanya balik dia pun jawab dengan jawapan sama. Agak “tilo” (*kata org Sarawak..tak tau perkataan dalam BM..haha). *tilo nih macam kalo budak kecik cakap, kan ada certain perkataan yang agak lain cikit bunyi..

Melihat raut wajah anak kecik menyebabkan hati rasa nak tolong. Dengan selamba badak terus keluarkan 2 ringgit dari dompet n bagi kat budak tuh.

“Terima kasih bang..”

Ucapan terima kasih dengan nada excited n senyuman walaupun matanya still berair-air. Budak tu terus berlari masuk ke dalam ko-op.

Saya pun terus balik ke bilik. Tapi bila sampai bilik, terfikir pulak..lupa nak tanya nama. Lupa nak ta’aruf. Dari cara loghat percakapan, budak itu maybe non-muslim. Macam loghat dayak cikit. Entah..haha. Walau apa pun semoga Allah memberi rahmat dan sentiasa menjaga budak tu a.k.a budak 2 ringgit. Amin.

Nak kongsi ayat yang dibaca tadi:

“Tidakkah engkau mengetahui bahawasanya Allah (Yang Maha Esa dan Maha Kuasa) sentiasa bertasbih kepadaNya sekalian makhluk yang ada di langit dan di bumi serta burung-burung yang terbang berbaris di angkasa? Masing-masing sedia mengetahui (menurut keadaan semulajadinya) akan cara mengerjakan ibadatnya kepada Allah dan memujiNya dan Allah Maha Mengetahui akan apa yang mereka lakukan”
[An Nur: 41]

InsyaAllah sama-sama kita merasa bersukur dan sentiasa bertasbih kepada Allah. Dia mengatur segala perjalanan kita sehari-harian. Kita memang merancang, tapi Allah telah merancang apa yang terbaik untuk kita sebagai hambaNya. You trust in Him, He will show you the ways.

Terfikir, mungkin Allah nak tunjukkan sesuatu kepada diri ini yang kadang-kadang lupa akan sekeliling..mungkin lupa untuk bersyukur..emmmmm
Wallahu’alam.

P/S: Ya Allah, berilah aku kesempatan untuk bertemu sekali lagi dengan budak tu. =)

Petang Isnin yang agak panas
18/6/2012
28 Rejab 1433

Thursday, June 7, 2012

Tahniah! Jalan ke Syurga Semakin Sempit..

Jalan ini memang panjang. Sumpah panjang. (*saja suspen..ayat klise)
Dah la panjang, berlekok-lekok. Pastu ada duri lagi tu. Bukan setakat duri semalu jee..malahan duri durian, duri landak dan lain-lain (*letaklah duri apa lagi yang terlintas). Terpaksa berjengkek-jengkek, walaupun still ada duri yang akan terkena. Tapi sekurang-kurangnya kita cuba melaluinya. Anda bagaimana?

woooww..mcm naik roler coster..[kredit]


Jalan apakah itu?

Jalan Masjid India? Jalan Utama? India Street? Atau Street Fighter?

Yup! Semestinya jalan dakwah dan tarbiyyah. Anda sudah melalui, sedang melalui atau berniat nak melalui jalan ini.

Tahniah! Omedetou! Jalan menuju ke syurga semakin sempit, payah dan sukar. Sekarang menangislah anda yang berada di atas jalan ini. Hantoklah kepala anda dekat atas bantal. Terjunlah anda dari satu anak tangga. Sebab apa sempit? Sebab kita telah memikul satu tanggungjawab yang amat besar. Seperti memikul satu batang kayu balak. "..kita buat kerja Nabi.." kata seorang sahabat. Amanah untuk amar makruf nahi munkar kepada orang sekeliling.

Aduhai..
Relax suda~(^_^)V

Firman Allah SWT:

Katakanlah (wahai Muhammad): "Inilah jalanku dan orang-orang yang menurutku, menyeru manusia umumnya kepada agama Allah dengan berdasarkan keterangan dan bukti yang jelas nyata. Dan aku menegaskan: Maha suci Allah (dari segala iktiqad dan perbuatan syirik); dan bukanlah aku dari golongan yang mempersekutukan Allah dengan sesuatu yang lain." 
[Yusuf: 108]

Tahniah sekali lagi! Sesungguhnya anda berada pada satu batang jalan yang betul. You are in the right track. Angkat tangan kanan anda dan tepuk kesebelah bahu kiri. Tepuk beberapa kali..=)

Jalan ini adalah jalan yang insyaAllah sama dengan apa yang telah dilalui oleh para sahabat Nabi ketika zaman islam di Mekah. Nak cerita lebih lanjut?? Nun di ISK (*Ini Sejarah Kita)

Ingat walaupun jalan ini memang sukar dan ramai yang telah menyerah diri dari jalan ini, insyaAllah kita yang masih kekal di dalamnya akan mendapat Fathul Khabir. Jika kita yakin dan ikhlas Allah akan bagi lebih untuk kita. Amin..

Muhasarawak sejenak. Pernah kah kita merungut-rungut ketika berada dijalan ini? Jika ada, sama-sama kita perbetulkan. Ubah rungutan dengan kesyukuran kepada Ilahi.

Mari kita sama-sama muhasarawak sekali lagi. Apa yang kita dah buat pada masa lalu. Adakah kita sudah banyak membuang sampah-sampah ? Kalau ya, mari kita sama-sama kutip balik sampah tersebut.

Walaupun sekarang kita melalui jalan yang berliku-liku, berduri dan terpancar sinaran UV sang mentari, insyaAllah pada hujung jalan ini nanti pasti akan redup dilindungi pohon-pohon pokok syurga. Di hujungnya nanti ada telaga yang tidak akan kering untuk kita sama-sama melepaskan dahaga.

[kredit]


Remainder 4 u n me..(O_<)v
Wallahu'alam..

Jumaat yang cerah
8/6/2012
18 Rejab 1433



Sunday, June 3, 2012

Hati Rindu Belaian Mu_ _ _ _ _


[Warning]: The contents of this entry does not meant to break someone little heart or even to play-play around. Any misunderstanding should be avoided.

Huy..lalala..

Bila baca tajuk entry ni tetiba rasa macam lain macam jee kan..(*padahal xda feel pape poon). Okeh straight to the point la..

Dalam kita menjalani kehidupan sebagai seorang hamba Allah di muka buku bumi ini pelbagai perkara telah berlaku lebih-lebih lagi bila bergelar sebagai pendakwah. Down! Isu biasa atau polemik bagi seorang dai'e. Iman kita sentiasa Yazid dan Yankuz. 

Bila lama tak berbulatan, rasa kosong dalam diri. Rasa gatal-gatal dekat hati mula muncul pulak. Fuh...

Aduhai..

Kalau tak garu rasa gatal makain menjadi-jadi. Kalau garu pulak semakin menjadi. maka carilah ubat untuk meredakan dan menghilangkan rasa sakit.


::HATI RINDU BELAIAN MURABBI::

Thursday, May 31, 2012

Si Kupu-kupu Terbang Tanpa Henti


[Amaran]: Ini buka post tentang kisah cinta si Ramayana dan si Sita. Ia sekadar tulisan untuk ketenangan jiWA diri yang sedang laRA dikaLA hati luKA dicucuk duri buah nangKA..v(^_^)v

[Gunakan imaginasi anda yang sangat creative untuk memikirkan keadaan sebenar jalan cerita ini]

Al kisah si kupu-kupu terbang tinggi pada malam hari. Malam yang sangat gelap gelita tanpa cahaya yg menyinar. Kiri kanan depan belakang atas dan bawah semuanya gelap. Hitam.

Aduhai..si kupu-kupu..

Eh, jap jap..

Si kupu-kupu ternampak seperti cahaya putih di hadapannya. Si kupu-kupu mengepakkan sayapnya semakin kuat dan laju. Namun titik cahaya tersebut masih lagi tidak membesar. Masih sama, tidak berubah, nothing change.

Laa..rupanya sesungut sendiri yang dikejarnya tadi. Putih sama seperti sumber cahaya.

Aduhai..kesian..

Eh, si kupu-kupu terus mengepakkn sayapnya la. Still tidak putus asa lagi. Malah semakin bersemangat.  

Ooo..Rupa-rupanya dihadapan sana, terpancar satu sumber cahaya.

Kipas lagi sayap tu wahai si kupu-kupu..lagi kuat..lagi..lagi..

Dah nak dekat!

Aik! Kenapa si kupu-kupu seperti hilang kawalan?

Terbang pun dah tak betul..kejap atas, kejap bawah. Kejap kiri, kejap kanan. Dah macam orang mabuk.

Ooo..rupanya si kupu-kupu ternampak lampu kelip-kelip. Lampu untuk hari raya tu la. Mungkin si kupu-kupu pening kot melihat cahaya yang banyak-banyak dan berkelip-kelip seperti itu. Tambah lagi ada bunyi muzik. Te..tete..te..tetetete..tet.tete.tete (*melodikan mengikut kemahun anda=P)

Alahai..si kupu-kupu..

Alamak! Jatuh pulak si kupu-kupu nih. Penat kot, asyik terbang je kerjanya.

Si kupu-kupu! Itu! Itu!

Cahaya! Kat depan tu je!

Tapi tak apa la si kupu-kupu boleh rehat jap. Kumpul tenaga balik. Tarik nafas. Keluarkan. Tarik balik. 

Keluarkan. Ambik angin dulu. Jangan buang angin suda la.

Eh! Rehatlah dulu si kupu-kupu!

Takkan hilangnya cahaya tu..

Sukati la si kupu-kupu nak buat apa. Saya just nak nasihat je tadi. Hati-hati nak take off tu.

Alhamdulillah, selamat take off. Jom teruskan perjalananmu si kupu-kupu.

Dah dekat! Dah dekat! Sikit je lagi tu. Teruskan!

Semakin lama semakin besar dan terang sumber cahaya itu. Akhirnya si kupu-kupu sampai ke arah sumber cahaya itu.

Oh!

Hinggap di lampu pendaflour rupanya.

Tahniah!


p/s: Hua hua hua..cerita mengarut. Tapi fikirkan ibrahnya. Bukan kosong saja, insyaAllah ada isi. Tak banyak, tapi sekadar pemangkin diri. Wallahu a’lam.

Thursday, April 5, 2012

Sayang Awak Juga

Assalamualaikum wbt..

Sudah terasa agak lama tidak memaksa jari-jari ini menaip untuk sesuatu dalam blog yang tak seberapa nak osem ini. Jika hendak dibandingkan dengan blog-blog lain yang anda pernah baca, blog ini tidakalah dapat menandingi blog tersebut. Mungkin tahap blog saya ni tak lagi mencecah tahap junin. Tapi, rasa hati dan tangan ini untuk menaip tidaklah dapat tertahan lagi. Setelah sekian lama sibuk dibuai sihir-sihir sejak mula semester baru di menara gading, yakni di UNIMAS gemilang..(nak promote utk student lepasan SPM..yang mana result  dh keluar..huhu)

Abaikan perkara di atas. Kali ini saya nak bawa anda bersama-sama saya menyelami prihal hidup seorang manusia..atau secara specificnya yang bergelar ikhwah(wa akhwat). Hidup ini tiada yang mudah dan tiada yang senang. Kalo di sketch graf hidup seorang manusia, pasti tak ada yang flat je. Mesti ada masa kita kat atas dan adakala kita kat bawah.

Fitrah kita sebagai manusia tidak dapat lari dari masalah, lebih-lebih lagi masalah dunia. Kita bukan para nabi dan rasul yang mana iman mereka sentiasa dipelihara dan mereka juga bersifat maksum.  Iman kita sebagai seorang manusia sentiasa akan yazid dan yangkus(naik dan turun).

Persoalan untuk anda:

Bila anda down, anda akan buat apa? Berada di mana?

Dari pandangan saya, sebagai seorang hamba Allah yang hina ini, kebanyakkan manusia(fokus kepada ikhwah..akhwat xtau la sama ke tak) bila down, mereka pasti akan menjauhkan diri dari ikhwah-ikhwah lain. Ini berdasarkan pemerhatian saya dalam beberapa peristiwa yang berlaku di sekeliling saya( dan yang saya alami sendiri). Bila ada masalah, nampak ikhwah terus sembunyi. Tak nak bercakap dengan ikhwah. SMS xbalas. Takpun Handset off seminggu (contoh hypernola). Patut ke? Betul ke cara tu?

Sebaik-baiknya ikhwah adalah tempat untuk kita meluahkan segala masalah dan isi hati. Mungkin masalah tersebut tidak akan selesai atau ikhwah tidak dapat selesaikan masalah kita, tapi rasa berat hati dan beban dapat dikurangkan. Bila diluahkan, seperti kita melepaskan sebijik buku teks Organic Chemistry dari dalam beg..GEDEBAK!
Patut ke kita buat macam tu kat Dia?

Kalau tak mahu share masalah dengan ikhwah pun, FINE!!! Tapi jangan pulak lari dari Dia. Maksud??? Ikahwah, bilamana mereka down, mereka akan menjauhkan diri dari masjid atau surau. Escape solat berjemaah dengan alasan down. Tak baca alquran sebab down dan takda mood nak baca. Alasan..tengah mencari ketenangan diri. Aik! Kalau buat macam tu boleh tenang ke..boleh meningkatkan tahap keiman ke?

Padahal bilamana kita mencari ketenangan adalah dengan membaca ayat-ayat cinta yang Dia turunkan kepada Rasullullah untuk kita semua. Mengapa perlu melarikan diri atau cuba untuk menjauhkan diri dari Dia. 

Sesungguhnya kepada-Nya lah tempat kita meluahkan segala apa yang terpendam di hati..segala yang terkunci dibibir…segala benda yang menyakiti diri.

Bangun malam dan bersujud kepada Allah adalah salah satu cara untuk meluahkan perasaan yang terbuku di hati. Malahan, waktu malam(tengah malam) adalah waktu kita paling dekat dengan Allah. Tambahan pula, sujud juga boleh mendekatkan kita depada Sang Pencipta.

Jika hendak mengadu, mengadulah pada-Nya. Jika hendak pertolongan, mintalah kepadanya.

“Maka ingatlah kepada-Ku, Aku pun akan ingat kepadamu. Bersyukurlah kepada-Ku, dan janganlah kamu ingkar terhadap-Ku. Wahai orang-orang yang beriman! Mohonlah pertolongan dengan sabar dan solat. Sungguh, ALLAh beserta dengan orang-orang yang sabar.” 
[Surah al-Baqarah : 152 – 153]


Allah masih sayang kita bha..

Walaupun kita membelakangi Dia pada sesuatu ketika, namun Allah tetap menanti saat kita kembali mencintai Dia semula. Tidak pula Dia menarik nikmat dari kita disaat kita menjauh. Cuba bayangankan, bilamana kita menjauhkan diri dari Allah, Dia tarik segala nikmat yang dikurniakan. Siksa. Sakit. Lagi dasyat, bila kita berbuat begitu, Dia menarik hidayah keluar dari dalam dada kita. Tak ke menyesal kita. Menjadi kufur. Tapi tak. Allah tak sekejam itu. Dia menyayangi kita sepertimana Rasulullah menyayangi kita.

Bukti Allah sayang kepada kita, kita boleh nampak dalam kehidupan seharian. Tidak cukup ke nikmat yang Allah beri kepada kita sebagai bukti kasih-Nya. Bila panas Dia jadikan angin dan awan sebagai medium penyejuk badan. Cipta kawan-kawan sebagai teman. Dan banyak lagi tanda atau bukti Allah sayang kepada kita. Sayanglah Allah kembali dengan taat perintah-Nya.

Wallahu a’alam

Thursday, February 16, 2012

Ayat-ayat Cinta


Amaran awal:

Post ini tiada kena mengena dengan cerita Ayat-ayat Cinta. Ia sekadar  tajuk yang sama bertujuan untuk menarik mata-mata yang sentiasa mencari perkataan yang berkaitan dengan “CINTA”. Jangan pulak rasa menyampah selepas membaca post ini.
Post ini juga bukan “berintikan” jiwang yang berkarat, tapi post ini insyaAllah bole menghilangkan karat di hati.


Satu Perniagaan yang Tidak Akan Rugi




Peristiwa berlaku time Asasi dulu-dulu. Kalo tak silap bulan 12 2010. Time tu tengah syok tido kat dorm. Tiba-tiba ade org ketuk pintu. Saya pun bukak la dalam beadaan mamai.
Ternampak 2 orang makhluk Allah tengah tercegat kat luar. Huh geng masjid ni..huhu terpaksa cari baju kat dalam almari. Dua orang budak ni masuk la pastu duduk sebelah saya sambil letak tangan kat bahu.

“ Nak tak kami bagi kau satu kerja? isyaAllah ini satu perniagaan yang tidak akan pernah rugi”

Dalam keadaan mamai plusstill blur lagi saya just angguk. Tak tahu maksud sebenar ayat tersebut.

Terus seorang lagi kata,

“Nak tau tak perniagaan tu?”

“Nak..nak..”

“Perniagaan rumah Allah.”

Selepas itu seorang dari dieorang baca terjemahan dari Surah At-Taubah ayat 111. Lalu mereka mempelawa saya untuk join dieorang. Jadi AJK. Siapa yang tak nak join perniagaan yang tidak akan rugi. Malah akan rugi 
jika tak join perniagaan dengan Allah.

Firman Allah swt

“Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang yang beriman akan jiwa mereka dan harta benda mereka dengan (balasan) bahawa mereka akan beroleh Syurga, (disebabkan) mereka berjuang pada jalan Allah maka (di antara) mereka ada yang membunuh dan terbunuh. (Balasan Syurga yang demikian ialah) sebagai janji yang benar yang ditetapkan oleh Allah di dalam (Kitab-kitab) Taurat dan Injil serta Al-Quran dan siapakah lagi yang lebih menyempurnakan janjinya daripada Allah? Oleh itu, bergembiralah dengan jualan yang kamu jalankan jual belinya itu dan (ketahuilah bahawa) jual beli (yang seperti itu) ialah kemenangan yang besar.” [At-Taubah: 111]


Ayat cinta yang cukup panjang, tapi kalo kita dah hafal senang jee.. ayat ini mempunyai makna yang mendalam(bukan setakat yang di bold tu jee..tapi keseluruhan ayat sekali). Ayat yang mudah untuk difahami. (*bagi yang membaca dengan hati) dah juga straight to the point.

Nak Syurga..?? Jual beli la dengan Sang Pencipta

Nak Syurga..?? Berjuang la kat jalan Allah

Sesungguhnya kita sedang membuat urusniaga dengan Sang Pencipta. (*jika kita berada pada jalan dakwah) Modalnya adalah nyawa(kehidupan) dan harta benda.

Siyes ayat ini telah menyebabkan saya mula mendekati “rumah Allah”. Mula mengikuti majlis-majlis ilmu. Memang mula-mula rasa terpaksa sebab jadi AJK. Tapi lama-lama plus join roundabout iman, Alhamdulillah rasa terpaksa makin pudar. Ikhlas???? Hanya Allah aza wa jalla yang tahu. Sesungguhnya Dia Maha Mengetahui.

Terima kasih dekat dua orang hamba Allah Mohammad Syazwan Yaacob n Wan Muhammad Arsyad Taqiuddin Wan Mustaffa sebab telah memberi peluang untuk menceburkan diri dalam bidang perniaagan yang tiada penghujung n tiada rugi. Terima Kasih banyak-banyak.

Harap ayat cinta Allah ini dapat juga mengubah hala tuju dan membentangkan karpet merah untuk anda semua melalui jalan dakwah yang sentiasa dipenuhi oleh duri-duri dan batu-batu besar.

p/s: tak kira sejauh mana perjalanan dakwah ini..kita tetap akan seiring berjalan..renungkan lah ayat ini yang pernah menjadi cofactors untuk HENSHIN!

Friday, February 3, 2012

Revive dan Kek Pisang

Kegemaran ni..yum yum!![kredit]


Aiman melangkah ke dapur dengan membawa sebuah plastic berisi 10 tin 7 UP Revive. Lantas dia duduk di kerusi di dapur. Emaknya sedang mengadun adunan untuk membuat kek pisang.

AIMAN: Wah..mak buat kek pisang yea, kegemaran Man tu mak..[sambil mengeluarkan 1 tin minuman]

EMAK: Yela..dah Man jee anak mak yang masih bujang kat rumah ni. Mak buat la untuk Man. Nak tunggu isteri Man, mane ade isteri..ingat Man dah 25 tahun daa..[menjeling]

AIMAN: Adoi..menyesal Man berbunyi tadi, kan da kene tembak..[ketawa]Bukan ape mak, takde jodoh bha nak wat camner kan..

EMAK: Man da patut kawen Man. Mak nak Man senang nanti. Ade orang uruskan diri Man..

AIMAN: A’a..cerita pasal kawen ni kan mak..Man baru je balik dari melawat kawan Man kat hospital tadi. Halim tu, Man kesian sangat kat die, macam dah jatuh ditimpa tangga.

EMAK: Ish..kenape dgn kawan Man tu..??

AIMAN: Die kemalangan. Nak kate teruk tu taklah tapi die patah kaki. Die ni dah kawen mak..n sebualan lepas isteri die keguguran. Man kesian betol degan die..

EMAK: Innalillah hiwa innalillahiraju’un..

AIMAN: Tapi satu Man respek degan dieorang ni..walaupun ditimpa musibah, namun mereka berdua tetap tabah menempuhi ujian dari Allah ni mak..tak pernah cikit pun merungut atau menyalahkan takdir.

EMAK: Tentu mereka berdua dapat tarbiah dengan baik kan..kalo tak, memang  tak dapat nak menanggung ujian dari Allah semua tu.

AIMAN: Betol tu mak. Umat manusia sekarang baru ditimpa ujian sedikit dari Allah dah merungut.   Dah tak dapat nak sabar. Dah tak nak ikhtiar cari jalan nak selesaikan masalah. Baru Allah uji dengan kemiskinan cikit dah mengemis kat tepi jalan.

EMAK: Betol ape yang Man cakap tu..tapi Man juga perlu ingat..ujian dari Allah bukan saje dalam bentuk kesusahan, keperitan dan kesedihan, kesenangan, kemewahan kegembiraan juga adalah salah satu bentuk ujian dari Allah Man.

AIMAN: Betol jugak kate mak tu..

EMAK: Manusia ni Allah ujidengan kemewahan terus lupa siapa yang memberi nikmat ket mereka. Diuji dengan kegembiraan sedikit terus lupa bersyukur dengan segala anugerah Allah telah beri..riak, ujub tu pun salah satu sifat orang yang tidak bersyukur..orang yang tidak bersyukur adalah orang yang tidak dapat menempuhi ujian yang Allah telah berikan.

AIMAN: Mereka terus hanyut dengan kemewahan dunia..padahal itu adalah ujian dari Allah untuk mereka kan mak..

EMAK: Samalah macam Aiman, Man pun diuji tau sekarang..diuji dengan kemewahan..

AIMAN: Yeke mak..ape die mak??

EMAK: Tu..kat tangan tu..tu..kat dalam plastic bag tu..Allah tengah uji man tu..nak tengok man   bersyukur tak dengan nikmat air Revive tu..[memuncungkan mulut]

AIMAN: [melihat tin minuman di tangan] Ye tak ye la..Alhamdulillah. ya Allah ya tuhanku..terima  kasih sebab memberi aku merasa nikmat air ini..

EMAK: Hah..kan mak da cakap..Man kalo Man pergi melawat Halim kat hospital nanti, emak nak ikot..nak bagi buah tangan cikit ni..kek pisang ni..

AIMAN: Baik la mak..malam ni insyaAllah kite g jenguk Halim..tapi mak jangan lupe pulak tinggal kan cikit kek lapis tu untuk Man..hehe

EMAK: Eh..mak buat untuk Halim..bukan untuk Man. Suroh la isteri Man buat kan..[menyindir]

AIMAN: Man mane ade isteri mak..kalo mak nak sangat mak tolong la carik untuk Man.

EMAK: Hah! Tula yang mak nak dengar..takpe mak dah ade calon untuk Man. Si Aisyah tu..anak Mak Teh engkau tu..nanti mak tolong tanye kan[senyum]

AIMAN: Aduh..terkene lagi Man..menyesalnye Man bukak mulut hari ni..da banyak peluru kat dada ni mak..hahaha



Terliur dibuatnyee..[kredit]




Firman Allah swt:

“Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: Kami beriman, sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)? Dan demi sesungguhnya! Kami telah menguji orang-orang yang terdahulu daripada mereka, maka (dengan ujian yang demikian), nyata apa yang diketahui Allah tentang orang-orang yang sebenar-benarnya beriman dan nyata pula apa yang diketahuiNya tentang orang-orang yang berdusta.” [Al Ankabut: 2-3]

“Dan sesungguhnya Kami telah menetapkan kamu (dan memberi kuasa) di bumi, dan Kami jadikan untuk kamu padanya (berbagai jalan) penghidupan (supaya kamu bersyukur, tetapi) amatlah sedikit kamu bersyukur.” [Al A’raf: 10]