Monday, October 22, 2012

Jus Kurma


“Akhi, macam mana dengan ‘jus kurma’? Sihat tak?”

Itu adalah soalan pertama yang keluar dari seorang ikhwah yang saya ziarah. Perasaan saya yang pada mulanya sebak, tiba-tiba tersentak dengan soalan yang diberikan. Beliau telah sebulan lebih tinggal di hospital.

Soalan yang dilontarkan diiringi bersama senyuman. Rasa tersentak diikuti oleh perasaan malu. Walaupun hanya kami berdua saja yang faham akan maksud tersirat disebalik term-term yang digunakan. Terhibur seketika.

Subhanallah, walaupun beliau dalam keadaan sebegitu, namun beliau masih mengekalkan senyuman dan gurau-senda yang sama seperti dulu.

Tabah. Kuat. Sabar. Semangat.  Inilah yang bolah saya gambarkan sifat beliau. Bersembang seperti biasa, seperti dulu-dulu. Lebih-lebih lagi dengan kehadiran sahabat karib beliu. Dengan lawak yang saya sendiri pun seakan-akan telah lupa rasa sebak dan sedih dalam dada.

Apabila kami berkata “InsyaAllah, enta akan sembuh.”, beliau menjawab dengan jawapan yang menyentakkn hati kami sendiri.

“Biasa la akhi, ujian Allah.”                                                                 

Agak terpinga-pinga dengan jawapan beliau. Namun kami memahami maksud belaiu itu. Pertama kali saya melihat seorang hamba Allah yang begitu tabah.

Sejam lebih kami di dalam wad beliau. Namun bukan suram, penuh dengan gelak tawa. Pertemuan yang tidak dapat saya lupakan walaupun terpaksa untuk melanggar undang-undang hospital pada hari itu.

Di sini saya kongsikan sedikit ayat yang beliau pernah katakan.
Firman Allah swt.

“Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: Kami beriman, sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)? Dan demi sesungguhnya! Kami telah menguji orang-orang yang terdahulu daripada mereka, maka (dengan ujian yang demikian), nyata apa yang diketahui Allah tentang orang-orang yang sebenar-benarnya beriman dan nyata pula apa yang diketahuiNya tentang orang-orang yang berdusta.”
[Al-Ankabut: 2-3]

Walau pun apa yang berlaku terhadap saudara kita, kita tetap dibawah satu naungan dan ber gerak pada satu jalan. Semoga beliau mendapat kesembuhan dengan cepat. Amin.

Friday, October 5, 2012

Flower and Dirt


Assalamualaikum w.b.t..

Pernahkah anda melihat pokok bunga yang sangat chantek? Sudah semestinya pernah bukan. Bunga seperti bunga mawar, bunga raya, bunga sakura, bunga matahari dan sebagainya, hatta bunga taik ayam sekalipun mampu menarik perhatian kita bukan. Chantek. Anggun. Kiut-miut. Wangi. Boleh didapati dalam pelbagai warna(bateri dijual berasingan..haha). Itu adalah perwatakan bagi bunga-bungaan.

Berlainan pula dengan satu benda ini. Ianya selalu dikaitkan dengan kotoran. Kebarangkalian anda akan menyebut prkataan “..Eww..” bila melihat atau tersentuhnya adalah 75.55%(kajian sendiri secara rambang). Jijik. Banyak bacteria didalamnya. Hitam dan kadang-kadang berwarna merah, kuning dan coklat. Dan mungkin kita akan sifatkan ianya sebagai buruk@hodoh@kotor. Ianya adalah tanah.

Sesuatu yang berlainan dengan bunga tadi bukan. Perumpamaannya adalah seperti langit dan bumi.
Tapi, tahukah anda sebab apa dan mengapa bunga tersebut boleh tumbuh dengan chantek sebegitu rupa?

Namun, bunga sentiasa kita jadikan hadiah dan perhiasan samada dalam atau luar kediaman kita. Selain itu, bunga juga selalu dipuji-puji akan kechantekan dan kewangian yang ada padanya.

Berbeza pula dengan tanah. Letaknya dibawah bunga. Tidak dipuji-puji akan kechantekannya. Tetapi tahukah anda bahawa tanahlah yang telah menjadikan bunga itu tumbuh tinggi serta mekar, segar-bugar dan chantek bila dipandang dek mata manusia yang melihat?

Tanahlah yang memberikan sumber nutrient kepada bunga. Dalam komposisi tanah, terdapat nutrient samada macronutrient atau micronutrient yang sangat diperlukan oleh tumbuhan. Ia menjadi cofactor untuk tumbesaran tumbuhan. Ruang untuk tumbuh. Tempat untuk mencengkam supaya tidak patah atau tumbang bila ditiup angin dll.

Tanahlah yang menyokong bunga untuk terus kekal tumbuh tegak mencari mentari.

Tanahlah yang memberi nutrisi untuk bunga terus mekar mewangi.


Tumbuh merata

Samalah dengan kita sebagai manusia atau lebih tepat lagi sebagai seorang hamba Allah. Kadang-kadang kita manusia mampu untuk berdiri megah dalam bidang yang kita ceburi, tetapi kita selalu lupa akan prihal orang yang berada di belakang atau yang bertindak seperti tanah. Ibu dan bapa, guru-guru, adik abang kakak dan kawan-kawan kita. Mereka inilah yang sentiasa berada dibelakang anda untuk menyokong perjalanan kehidupan anda. Walaupun berada di sebalik tabir, namun ingat! Ketiadaan mereka mungkin boleh menyebabkan anda bukan seperti anda yang sekarang atau pada masa hadapan.

Lebih teruk lagi lupa Tuhan. Allah. Dia yang telah memberikan kita segala rezeki dan nikmat untuk hidup di dunia milik-Nya ini. Segala yang dianugerahkan kepada kita adalah milik-Nya. Dari hujung rambut sampai ke hujung kaki. Dari islam dalam diri hingga iman dalam hati.


“Dialah yang telah menciptakan manusia. Dialah yang telah membolehkan manusia (bertutur) memberi dan menerima kenyataan.”
[Ar-Rahman: 2-3]


Allah telah memberi kita banyak pelung dan ruang untuk kita memilih jalan untuk berjaya. Namun adakah kita mensyukuri nikmat-Nya setelah kita mampu tumbuh merata dan mekar mewangi seperti bunga?


“Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan (wahai umat manusia dan jin)?”
[Ar-Rahman; 13]

Tepuk dada tanya iman kita.

Wallahu’alam..


Jumaat
5/10/2012
19 Zulkaedah 1433